Elemen Antirasuah Diperkenal Dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Mulai Tahun Depan

Antirasuah sukatan pelajaran

Elemen Antirasuah Diperkenal Dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Mulai Tahun Depan

Jika dahulu, rasuah menjadi masalah utama di Malaysia dan sejak berlakunya pertukaran kerajaan, satu persatu skandal rasuah dibongkarkan dan kini sedang disiasat walaupun mengambil masa yang agak lama.

Susulan itu, Malaysia berjaya melonjakkan kedudukannya dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) ke tangga ke-51 tahun lalu, berbanding kedudukan ke-61 pada 2018.

Walau bagaimanapun, kedudukan tersebut mungkin boleh berubah jika gejala rasuah masih menjadi budaya masyarakat. Justeru, ia perlu diberi pendedahan tentang keburukan gejala rasuah bermula dari peringkat bawah.

Sehubungan itu, elemen antirasuah melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi murid Tahun 5 akan diperkenalkan di sekolah bermula tahun depan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata, ia adalah usaha untuk mendidik akan pencegahan rasuah di peringkat awal persekolahan bagi membanteras gejala berkenaan.

Antirasuah sukatan pelajaran

“Pihak saya sedang memberikan tumpuan kepada pendidikan berkesan akan pencegahan rasuah di peringkat persekolahan dan universiti.”

Selain itu, tiga buah pusat pengajian tinggi iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bersetuju untuk mengadakan subjek elektif integriti dan rasuah selaras dengan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional (NCAP).

Terdahulu, kerajaan mencadangkan untuk memperkenalkan subjek antirasuah di peringkat sekolah namun Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) tidak bersetuju kerana mata pelajaran yang sedia ada sudah banyak.

Sumber: SH

BACA: Pegawai Polis Individu Paling Korup Di Malaysia – Kajian