Elaun Kritikal Ditarik Bermula 2020, Petugas Perubatan Antara Mangsa Langkah Penjimatan Kerajaan?

Kecoh di laman media sosial hari ini, elaun kritikal beberapa sektor perkhidmatan awam telah ditarik bermula 2020.

Elaun Kritikal Penjawat Awam Ditarik Bermula 2020

Pengumuman yang dilakukan melalui laman Jabatan Perkhidmatan Awam ini mendapat reaksi pelbagai daripada pekerja perkhidmatan awam, terutamanya mereka yang bekerja dalam sektor kesihatan.

Siapa yang terlibat dan terkesan dalam penarikan balik elaun ini? 

Mereka yang terlibat adalah kumpulan ambilan bekerja tahun 2020.

Apa yang akan jadi sekiranya elaun ini ditarik?

Elaun yang diberikan adalah sebanyak RM750 sebulan dan ianya merupakan satu penanda aras yang membezakan gaji penjawat awam yang memilikii ijazah (gred 41 ke atas) dengan seorang doktor muda yang baru sahaja bergraduasi.

Doktor lantikan baru kerajaan tidak lagi menerima elaun kritikal. Jadi gaji mereka akan berkurang lebih 10% 😥Bertabahlah dik.

Posted by Afiq Rahim on Monday, December 23, 2019

Mengapa ramai pegawai perubatan ‘melenting’?

Berdasarkan pandangan seorang pegawai perubatan, Izzudeen Ayub, secara tersurat kesemua pekerjaan di Malaysia memang sudah tidak kritikal kerana pengisisan jawatannya tidak lagi sukar.

BACA: 6,000 Graduan Perubatan Menganggur Setahun, Di Mana Silapnya Kita?

Namun secara tersirat pula, perkhidmatan ini sangat diperlukan kerajaan. Ianya sangat kritikal kerana nisbah doktor kepada rakyat belum lagi dapat dicapai dan seiring perjalanan zaman, tuntutan daripada pesakit dan keluarga adalah tinggi.

Emm cerita elaun kritikal dicantasPerkara yang perlu diambil kira:1. Siapa yang terlibat.?2. Apakah elaun…

Posted by Izzudeen Ayub on Monday, December 23, 2019

Elaun lain yang bakal terlibat?

1. Bayaran insentif angkatan najis
2. Bayaran insentif menaip jawi
3. Elaun keraian kepada setiausaha sulit dan setiausaha sulit kanan
4. Elaun khas penolong pemungut hasil tanah
5. Elaun operator generator eletrik
6. Elaun penyelia bilik taip
7. Elaun tilikan trigonometrik observation
8. Insentif profesiensi Bahasa Inggeris

Adil atau tidak pada penjawat awam?

Majoriti daripada penjawat awam tidak bersetuju dengan penarikan ini terutamanya dalam sektor kesihatan. Malah ada di antara mereka yang mengatakan sekiranya elaun ini ditarik, ianya akan menjejaskan kualiti kerja mereka kerana mereka terpaksa bekerja sebagai ‘kuli’.

TIADA LAGI ELAUN KRITIKAL, SATU PER SATU KEISTIMEWAAN PEKERJA KESIHATAN DITARIK. Ada satu pekeliling yang dikeluarkan…

Posted by Hidayat Hasni Isa on Monday, December 23, 2019

Malah mereka turut mempertikai adalah langkah penjimatan kerajaan ini sebenarnya langsung tidak membantu kepada ekonomi sebaliknya hanya membantutkan kualiti perkhidmatan kesihatan.

Baca pekeliling penuh DI SINI.