
Elak Risiko Maut, 2 Jam Had Masa Maksimum Untuk Kanak-Kanak Berada Dalam ‘Car Seat’
Bermula 1 Jan 2020, kerajaan telah menguatkuasakan penggunaan keselamatan kerusi kanak-kanak (CRS) demi memastikan dan mengelakkan kanak-kanak mengalami kecederaan serius atau pun kematian sekiranya berlaku kemalangan.
BACA: Bakal Berkuat Kuasa Jan 2020, NGO Nasihat Ibu Bapa Elak Guna Kerusi Kanak-Kanak Terpakai
Akan tetapi tahukah anda, tempoh had masa maksimum untuk anak-anak anda menggunakan kerusi kanak-kanak secara berterusan adalah selama dua jam sahaja?
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1743837969082745
Digelar sebagai 2 HOUR RULE, ibu bapa disarankan untuk mengatur perjalanan supaya dapat berhenti di setiap perjalanan dua jam supaya dapat memberi ruang kepada anak-anak untuk bergerak.
https://www.facebook.com/yatieimra/posts/2902942706400627
Apa itu 2 HOUR RULE?
2 hour rule adalah peraturan masa yang dihadkan serta disyorkan untuk anak-anak (bayi sehingga kanak-kanak berusia empat tahun terutamanya) berada dalam car seat.
RISIKO
Jika kanak-kanak berada dalam car seat melebihi dua jam secara berterusan, mereka akan berisiko tinggi mendapat:
- Gangguan pada proses pertumbuhan tulang belakang.
- Menyebabkan masalah tulang belakang pada masa akan datang.
- Gangguan saluran pernafasan sekiranya anak tidur dalam keadaan kepala menunduk ke depan atau pun mendongak.
- Kematian akibat kekurangan oksigen bagi kes-kes tertentu.
Duduk dalam satu posisi yang sama dalam tempoh masa yang lama boleh menyebabkan tekanan ada tulang belakang. Bukan hanya pada orang dewasa sahaja malah bayi dan kanak-kanak turut tidak terkecuali.
Berada dalam posisi yang sama boleh menyebabkan masalah pada kekejangan otot, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak yang tulang belakangnya masih belum cukuo kuat.
Sebab itulah pentingnya membiarkan anak-anak anda bebas selepas berada dalam car seat selama tempoh dua jam kerana pergerakan spontan dan aktiviti dapat membantu mereka mengembangkan semua otot dan menguatkan postur mereka.
Sekiranya anak-anak anda tertidur dalam posisi kepada tertunduk ke hadapan, aliran udara ke paru-paru akan terbatas dan ianya boleh menyebabkan berlakunya kekurangan oksigen, dan sekiranya ini berterusan ianya bukan sahaja boleh menyebabkan sawan, koma dan kerosakan pada otak.
Malah keadaan ini juga boleh menyebabkan kematian terutamanya pada bayi atau naak kecil ang tulang lehernya belum cukup kuat, bayi pramatang serta bayi dan kanak-kanak yang mempunyai masalah jantung atau paru-paru.
BACA: ‘Car Seat’ Kini Jadi Ancaman Baharu Jenayah Kes Pecah Kenderaan Di Malaysia
Sudah ada beberapa kes ibu bapa ‘melanggar’ 2 Hour Rule ini dan menyebabkan kematian anak mereka yang baru berusia tiga minggu. Baca lanjut di sini.
Untuk keselamatan, adalah lebih baik jika ibu bapa rancang dahulu perjalanan agar perjalanan anda sekeluarga lebih selamat dan sihat.
Sumber: Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli, Yatie Imra
Betul ke Emilia Clarke menyanyi dalam filem Last Christmas?
LAST CHRISTMAS | Emilia Clarke Boleh Menyanyi?
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



