Perang Idlib, Bapa Ajar Anak Permainan Ketawa Elak Anak Rasa Takut 3

Elak Rasa Takut, Lelaki Ini Ajar Anak Ketawa Setiap Kali Terdengar Bunyi Bom

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Elak rasa takut lelaki ini mengajar anaknya untuk berain ‘permainan ketawa’ setiap kali mendengar bunyi dentuman bom.

Sejak beberapa minggu lalu, kawasan Idlib yang terletak di antara sempadan Turki dan barat laut Syria menjadi sasaran pengeboman berterusan Tentera Udara Syria dan sekutu Rusia.

BACA: Netanyahu Janji Rampas Lembah Jordan Dan Utara Laut Mati Jika Menang Pilihan Raya Israel

Serangan pengeboman yang boleh berlaku pada bila-bila masa setakat ini telah mengorbankan lebih kurang 21 orang awam.

Perang Idlib, Bapa Ajar Anak Permainan Ketawa Elak Anak Rasa Takut 2
Sumber: Al Jazeera

Hidup dalam ketakutan, seorang lelaki telah ‘mengajar’ anaknya satu permainan iaitu setiap kali bunyi bom kedengaran, mereka perlu ketawa seakan ianya satu perkara yang lucu.

Elak rasa takut dengan permainan

Permainan yang dicipta bagi mengelakkan anaknya yang berusia empat tahun merasa takut itu menjadi tular selepas dikongsikan di laman Twitter.

Menimbulkan rasa sayu dalam kalangan netizen. umum mengetahui pergolakan antara kedua belah negara hanya banyak mendatangkan kerugian terutamanya kepada orang awam yang tidak bersalah.

Ketegangan ini menyebabkan hampir sejuta penduduk berpindah sejak Disember lalu, dan ianya adalah jumlah terbesar sejak ianya berlangsung sembilan tahun lalu.

Terdahulu, pelarian Syria nekad menjual buah pinggangnya semata-mata bagi membeli sebuah khemah untuk lapan orang anaknya berteduh.

Kisah beliau yang diceritakan wartawan foto, Aref Wedd di laman Facebook miliknya menunjukkan lelaki berkenaan, Jamal Baroud memegang plakad menawarkan pembelian organnya.

Baca lanjut di sini: Pelarian Syria Nekad Jual Buah Pinggang Demi Beli Khemah Teduhan Lapan Anak

Sumber: Storypick, BBC, The Guardian