
Elak Jadi Mangsa Tipu, Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar Tayar Kereta
Ramai tak tahu, sebelum tukar tayar di kedai ada beberapa perkara yang perlu anda peka supaya tidak ditipu oleh peniaga. Bukan semua, tetapi ada sesetengah pengusaha mengambil kesempatan dengan kurangnya ilmu kita berkenaan tayar kereta.
Untuk elakkan ditipu, apa kata anda ikut dahulu nasihat daripada saudara Yusaini Yamin berkenaan dengan tip penukaran tayar.
Kebiasaannya, peniaga tayar akan menipu dengan memberikan tayar lama yang sudah temui tarikh luput dan menjualnya dengan harga yang baharu. Memang tidak berbaloi kan, kalau ini yang jadi pada kita?
1. Tahu kod tayar
2. Teliti 4 angka pada setiap sisi tayar
Tahukah anda, harga tayar untuk tahun sebelumnya daripada tahun semasa (2016) boleh dapatkan diskaun?
Contohnya:
2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA
Penggunaan tayar yang sudah tamat tarikh luput bukan sahaja membahayakan, malah boleh membawa kepada maut. Selalunya, dengan alasan mahu berjimat ramai yang mengambil isu penukaran tayar kenderaan ini secara sambil lewa sahaja.
Ingat, jangan berkira demi keselamatan anda dan keluarga!
***Artikel ini diambil daripada Facebook Page Pakej Percutian. Sumber asal ialah daripada Yusaini Yamin yang diterbitkan pada tahun 2016.
Sebut je One Piece semua tahu.
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.