
Elak Jadi Kambing Hitam, Ini Tip Paling Berguna Yang Semua Pegawai Kerajaan WAJIB Tahu
Kisah penyelewengan dan pecah amanah yang melibatkan kakitangan kerajaan sering kali berlaku sejak dari dulu lagi.
Walaupun berjaya dibawa ke muka pengadilan, masih lagi terjadi situasi di mana pihak atasan terlepas dari pendakwaan dan hanya pegawai bawahan sahaja yang menjadi kambing hitam.
BACA: Skandal Jabatan Air Negeri Sabah (JANS): Sejarah Hitam Pengagihan Kontrak Dan Tender Kerajaan
Penulis buku pengembaraan epik ‘Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak’, Ir. Hj. Zainuddin Omar telah membuat hantaran berikut di Facebooknya yang menyentuh mengenai hal ini.
Jom ikuti tip berguna yang dikongsikan oleh beliau berikut untuk dijadikan panduan oleh semua pegawai kerajaan yang bertugas pada hari ini:
Sebagai pegawai kerajaan anda perlu work smart dengan ahli politik/bos dan pastikan semua arahan mereka adalah secara bertulis.
Jangan terima arahan jika ianya setakat arahan mulut kerana anda mungkin akan jadi kambing hitam satu hari nanti.
Seorang ahli politik sangat femes memberi arahan secara bertulis dengan pensil. Jika ada masalah dia akan guna pemadam untuk padamkan arahan yang dicatitkan.
Pada pendapat saya adalah kesilapan besar berhusnuzon dengan orang politik. Mesti ada udang di sebalik batu apa-apa arahan mereka.
Dalam pengalaman saya, perhatikan apa maksud tersirat bos atau orang politik tulis (minitkan dan initial) atas surat kepada anda:
- Saya sokong.
Ini bermakna dia menyokong sahaja apa-apa permohonan dalam surat dan anda yang akan buat semua keputusan. Apa-apa implikasi dari keputusan adalah menjadi tanggung-jawab anda dan dia akan lepas diri jika ada masalah.
- Sila laksanakan.
Ini bermakna dia mengarahkan anda untuk melakukan apa-apa yang tercatit dalam surat dan adalah tanggung-jawab dia kerana mengarahkan anda melakukannya. Anda boleh terlepas jika dikambing hitamkan.
- Sila maklum.
Ini hanya mahu memberitahu anda apa yang sedang berlaku dan anda mungkin diberi arahan seterusnya nanti. Berhati-hati.
- Sila bincang.
Dia panggil anda untuk berbincang dan selalunya akan beri arahan mulut sahaja. Pastikan apa-apa arahan dia dicatit dan ditanda-tangani di surat.
- Untuk tindakan/sila uruskan.
Ini bos tak tahu apa arahan nak bagi dan terpulang pada anda untuk membuat tindakan sendiri. Berhati-hati kerana apa-apa tindakan diambil anda akan bertanggungjawab.
- Sila cakap.
Ini arahan stail lama yang bermaksud anda perlu jelaskan kepada bos apa masalah sebenar.
- Diluluskan.
Tiada masalah arahan ini kerana tanggung-jawab dia meluluskan.
- FYI (for your info).
Baca dan failkan.
- Sila pertimbangkan.
Dia arah anda luluskan dengan cara lembut. Anda akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa masalah nanti.
- KIV.
Masukkan dalam tong sampah.
Semoga manfaat.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
Sumber: Facebook Zainuddin Omar
Trending now



