Kemelesetan Ekonomi

Ekonomi AS Bakal Alami Kemelesetan Teruk, Orang Ramai Diminta Tangguh Beli Kereta, TV

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jeff Bezos menasihatkan rakyat Amerika Syarikat (AS) agar tidak membeli barangan berharga tinggi seperti kereta dan televisyen buat masa ini.

Individu keempat terkaya di dunia tersebut dipetik berkata demikian berikutan bimbang dengan ekonomi Amerika Syarikat yang diramal akan mengalami kemelesetan teruk pada tahun depan.

Bilionair pengasas Amazon yang mempunyai kekayaan dianggarkan bernilai AS$124.1 bilion (RM564.03 bilion) itu berkata orang ramai harus menangguh dahulu pembelian besar dan menyimpan untuk bertahan di masa depan yang lebih sukar.

Ketika ditemu bual oleh CNN Business, Jeff berkata dia tidak dapat meramalkan berapa lama kemerosotan ekonomi itu akan berlarutan tetapi menurutnya ianya akan berlaku tidak lama lagi.

Syarikat Amazon miliknya merupakan majikan kedua terbesar di AS selepas syarikat peruncitan multinasional, Walmart.

Amazon sebelum ini dilaporkan telah merancang untuk memberhentikan lebih 9,000 pekerjanya iaitu pemberhentian terbesar dalam sejarah sejak penubuhannya.

1 Kemelesetan Ekonomi

BACA: Meta, Twitter, Microsoft Berlumba-Lumba Buang Pekerja – Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Sumber: astro AWANI