James Bond Benar-Benar Wujud

Ejen Perisik James Bond Benar-Benar Wujud, Namanya Tercatat Di Poland

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Walaupun sudah lebih 60 tahun watak James Bond wujud sejak tahun 1953, tapi kalau ada filem terbaharu James Bond yang akan ditayangkan di pawagam, pasti mendapat perhatian satu dunia.

Betapa besarnya jenama James Bond ini, rata-rata majoriti penduduk dunia mesti tahu siapakah James Bond iaitu karakter yang dicipta sebagai ejen perisik British dan merupakan salah satu francais filem yang memajukan dunia Hollywood.

Namun, tahukah anda sememangnya orang yang bernama James Bond ini benar-benar wujud?

Ia dibongkarkan apabila diketahui bahawa seorang ejen perisik British yang disyaki bernama James Bond pernah berada di bawah perkhidmatan rahsia Seri Paduka Poland pada tahun 1960-an, setelah Institut Peringatan Nasional (IPN) menyiarkannya di media sosial.

Menerusi arkib institusi itu, James Albert Bond datang ke Poland pada 18 Februari 1964 (ketika itu era Perang Dingin) dan secara rasmi bekerja sebagai pegawai arkib untuk British Embassy Military Attache. Dia kemudian menjadi perhatian pegawai perisik Poland.

James Bond Benar-Benar Wujud

“Kami tahu dia berada di Poland… pada tahun 1964 dan 1965,” kata Marzena Kruk, pengarah arkib IPN.

“Dia mengembara sekejap di Poland… dia menyukai wanita, sama dengan nama watak yang direka, tetapi tidak ada sepatah kata pun tentang Martini.

“Namun, ada maklumat bahawa dia menyukai bir Poland,” katanya.

Menerusi keterangan dalam arkib tersebut, Bond berada di bawah pengawasan ketat. Dia mengunjungi wilayah Bialystok dan Olsztyn di timur laut Poland untuk mencuba dan ‘menembusi kemudahan ketenteraan’.

Bagaimanapun, Bond didapati tidak berinteraksi dengan warga Poland, yang mana ia akan membawa kesan serius kepada warga Poland jika disyaki bekerja dengan ejen perisik negara lain. Namun, tidak pasti apakah tujuan sebenar James Bond berada di Poland ketika itu.

https://www.facebook.com/ipngovplEng/posts/383842576320415

Seperti yang semua maklum, watak ejen perisik 007 ini dicipta oleh Ian Fleming dan dibawa ke layar perak pada 1962 yang dibintangi oleh Sean Conner sebagai James Bond pertama.

Sebelum ini, terdapat beberapa versi lain yang menceritakan siapa sebenarnya disebalik kod nama ejen 007 itu. Cumanya, tidak pasti yang manakah benar dan rekaan.

Sehingga kini, francais filem James Bond belum ditamatkan dengan kemunculan terbaharu yang berjudul No Time To Die. Dikhabarkan, filem ini akan memadam rekod yang dipegang filem Spectre sebagai filem berdurasi paling panjang ditayangkan.

James Bond Benar-Benar Wujud

Sumber: SCMP