Ed Sheeran Ciplak Lagu 1

Ed Sheeran Berdepan Tuduhan Ciplak Beberapa Melodi Artis Lain Dalam Lagu ‘Shape Of You’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebut sahaja Ed Sheeran, siapa sahaja yang tidak mengenali figura yang dilabel sebagai salah seorang genius dalam dunia muzik global ini.

Mula dikenali dengan lagu bergenre pop, folk pop dan hip hop seperti ‘Thinking Out Loud’, ‘Perfect’ dan Shape of You’, Ed Sheeran baru-baru ini berdepan dengan tuduhan menciplak lagu yang menyebabkan royalti untuk salah sebuah lagu popular beliau ditahan.

Ed Sheeran Ciplak Lagu

Tuduhan yang dilakukan oleh ahli muzik, Sam Chokri kepada Mahkamah Tinggi itu mendakwa bahagian korus lagu Shape of You (2017) oleh Ed Sheeran diambil daripada lagu beliau iaitu Oh Why (2015).

Dalam dakwaan itu, Chokri juga mendakwa Ed Sheeran telah menggunakan beberapa bahan daripada beberapa artis di dalam penghasilan lagu ‘Shape of You’ termasuklah TLC, Jasmine Rae dan Shaggy.

Beliau mendakwa Ed Sheeran juga terpaksa memasukkan Shaggy dalam kredit penulisan lagu ‘Strip That Down’ oleh Liam Payne yang mana beliau merupakan penulis bersama  telah menggunakan sebahagian melodi daripada lagu ‘It Wasn’t Me’, selain daripada memberikan kredit kepada Kandi Burress, Tamkea Cottle dan Kevin ‘She’kspere’ Bridge kerana kesamaan yang ada pada lagu ‘No Scrubs’.

Lagu ‘Shape of You’ merupakan single paling laris pada 2017 di UK telah menjana keuntungan sekitar 20 juta Euro itu kemudiannya ditahan pembayaran royaltinya kepada Ed Sheeran.

Ed Sheeran kemudiannya menafikan perkara tersebut dan mendakwa Chokri telah melakukan kerosakan pada reputasi beliau dan menahan aliran keuntungannya; dakwaan Chokri dibuat selepas Wiley mengumumkan nilai Ed Sheeran adalah sebanyak 160 juta Euro.

Sumber: Metro UK

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1c27hZHv_M/