
Ebit Lew Mahu Buka Pasar Raya Dengan Harga Barangan Paling Murah Di Pasaran
Ebit Lew mahu buka pasar raya dengan harga barangan paling murah di pasaran.
Akhir Mei lalu, pendakwah bebas kesayangan ramai ini ada meluahkan hasrat untuk membuka 10 cawangan pasar raya yang menjual barangan runcit iaitu Elews Mart.
BACA: Ebit Lew Luah Hasrat Mahu Buka Pasar Raya Elews Mart
Bakal menamakan asar raya tersebut sebagai Elews Mart, hasrat yang diluahkan menerusi satu hantaran Facebook itu turut meminta doa orang ramai agar ianya dimudahkan dan dimakbulkan serta menjadi asbab kebaikan.
Sudah mempunyai tiga cawangan restoran dan sebuah butik kurta, dalam perkembangan baharu hasratnya itu, beliau kini memberitahu sedang dalam usaha mencari pembekal barangan runcit paling murah untuk cawangan-cawangan kedainya.
https://www.facebook.com/ebitlew/posts/3005057236279206
Tidak lokek memohon doa orang ramai supaya urusannya dipermudahkan, perkongsian beliau mendapat sokongan daripada netizen, malah ada yang menyuarakan hasrat mahu membantu serta menjadi pembekal.
Terkenal dengan sifat rendah diri dan suka membantu mereka yang dalam kesusahan, nama Ebit Lew cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira kaum dan bangsa kerana kebaikannya.

Mula memeluk Islam pada usia 12 tahun, beliau yang berketurunan Cina ini sebenarnya juga memegang jawatan dan gelaran sebagai Pengarah Urusan Transform Training & Consultancu, Perunding latihan dan Penceramah Motivasi.
BACA: Tindakan Ebit Liew Beri Sumbangan Kepada Asnaf Kedah Dibidas Pegawai Menteri Besar
Meskipun ada pihak yang tidak senang dengan kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya, figura yang tidak kenal erti putus asa ini tetap meneruskan amalnya membantu mereka yang kurang bernasib baik semata-mata hanya kerana Allah.
Trending now



