Ebit Lew: Adiwira Malaysia Tanpa Uniform

Sumber: The Sun Daily

Nama Ebit Lew semakin hari semakin menjadi sebutan rakyat Malaysia. Dianggap sebagai adiwira, Ebit Lew gigih menjalankan kerja bantuannya kepada masyarakat tanpa berkira.

Daripada golongan kanak-kanak hinggalah ke warga emas, ramai yang mengenali beliau yang giat menjalankan aktiviti dakwah menerusi kerja-kerja kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama.

Ebit Lew Mahu Buka Pasar Raya Harga Barangan Paling Murah Di Pasaran
Sumber: Facebook

Dengan sosok tubuh sederhana, riak wajah yang lembut serta tutur kata yang sopan, Ebit Lew sangat disenangi sehinggakan ramai yang menggelar beliau sebagai adiwira tanpa uniform.

Antara bantuan khidmat masyarakat yang beliau lakukan sepanjang wabak COVID-19 melanda negara:

1. Cawangan pasar raya termurah di pasaran

Pertengahan Julai lalu, beliau telah membuka 10 buah cawangan pasar raya dengan harga temurah di pasaran bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bekalan dan keperluan seharian mereka.

10 Cawangan Pasar Raya Harga Termurah Di Pasaran Milik Ebit Lew Akan Dibuka Bulan Hadapan

Antara lokasi terlibat ialah Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Trader dan Subang Perdana.

2. Bantuan tanpa henti sepanjang wabak COVID-19 melanda

Kalau anda up-to-date dengan Facebook beliau, setiap hari ada sahaja lokasi dan bantuan yang diberikan beliau kepada golongan yang memerlukan.

Pernah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, beliau memborong barangan keperluan untuk diagihkan dengan menggunakan lori 10 tan di Malakat Mall Cyberjaya dan St Rosyam Mart.

Ust Ebit Lew di Malakat Mall

Posted by Malakat Mall on Saturday, March 28, 2020

3. Sediakan bas percuma untuk pelajar

Keputusan  Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membuat keputusan menyarankan agar semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari zon merah secara bersemuka yang dijadualkan bermula Oktober ini telah menyebabkan kesukaran kepada pihak ibu bapa dan pelajar.

BACA: Pendaftaran Ke Universiti Ditangguhkan, Ini Senarai Bantuan #SiswaJagaSiswa Yang Ada Buat Mahasiswa

Ini kerana ada antara pelajar yang sudah dalam perjalanan ke kampus masing-masing malah ada juga yang sudah sampai.

Ditambah dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, pelbagai keluhan didengar sehinggakan ada antara ibu bapa yang terpaksa bergolok gadai demi menghantar anak agar dapat menyambung semula pengajian.

Cakna dengan kesukaran tersebut, Ebit Lew telah menyediakan bas awam secara percuma untuk membawa pelajar pulang ke kampung masing-masing semula.

Ebit Lew Adiwira Tanpa Uniform
Sumber: FB Ebit Lew

Namun bantuan tersebut bagaimanapun terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjelaskan ianya perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Susulan itu, Ebit Lew telah memuat naik permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan tersebut.

Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama yang dihormati vice cancelor prof dato upsi sendiri yang…

Posted by Ebit Lew on Saturday, October 3, 2020

Moga semuanya dipermudahkan buat Ebit Lew dan rakyat Malaysia.