
Dunia Mencemburui Ekonomi Amerika Syarikat – Donald Trump
Masih ingatkah anda Spicy Ramen Challenge yang masih viral sehingga kini kerana kepedasan ramennya yang menyengat? Jaga – jaga, spicy ramen ini boleh bawa padah juga sebenarnya jika makan tak ingat dunia. Contohnya, dinding usus boleh terluka seperti yang berlaku kepada wanita ini.
Baru – baru ini seorang suami berkongsi cerita di Facebook tentang isterinya yang gemar makan ramen pedas hampir setiap minggu dalam masa sebulan. Akibatnya, isterinya perlu dikejarkan ke hospital akibat mengalami sakit perut yang teruk. Walaupun berlaku pada tiga tahun yang lalu, kejadian ini boleh jadi peringatan kepada semua.
“Isteri makan habis sebekas, tiap kali makan katanya tak pedas sampai langsung tak minum air. Memang abang pun kagum tengok dia makan sambil tak perlukan air. Akhirnya kos dekat RM10 ribu (dalam 1 malam) untuk masukkan kamera dalam perut untuk mencari puncanya, kerana dah terguling – guling menahan kesakitan malam itu”, kata si suami.
Keputusan x-ray menunjukkan bahawa luka itu kecil sahaja namun kesakitan yang ditanggung hanya Tuhan yang tahu, tambahnya lagi. Walaupun kecil, luka di bahagian usus amat bahaya kerana kawasan tersebut yang sentiasa basah menyebabkan luka sukar untuk sembuh.
Makanan pedas dapat menyebabkan luka pada lapisan mukosa yang sensitif atau pada usus kecil yang biasa disebut duodenum (ulkus duodenum), kata doktor yang merawat isterinya.
Untuk pengetahuan semua, selain usus luka, kesan negatif lain bagi makan makanan yang terlampau pedas termasuklah gastritis, asid refluks, nafas berbau, insomnia dan deria rasa rosak.
Jadi bagi mereka yang sangat gemar makan spicy ramen, bukan tidak boleh makan tapi jangan lah makan setiap hari. Ingatlah juga kesihatan itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau dah kena nanti kan susah? Jangan ingat kalau mulut anda tahan pedas, perut anda pun tahan pedas!
Sumber: World of Buzz