Foto Editor Odisi

“Dulu Pakai BMW, Sekarang Pakai Saga” – Menyingkap Industri Penternakan Ayam Di Malaysia Yang Semakin Mencabar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Awal minggu lalu, kerajaan mengumumkan harga maksimum runcit bagi ayam standard ditetapkan pada RM8.90 sekilogram, iaitu pengurangan 20 sen daripada harga siling semasa RM9.10.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata harga itu berkuat kuasa mulai 5 Februari hingga 5 Jun tahun ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

Pada ketika ini, pengusaha penternakan ayam pula terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi dan amat mengharapkan pemberian subsidi bagi mewujudkan situasi menang-menang selepas Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) berakhir.

Pahit getir pemain industri penternakan ayam ini juga turut digambarkan oleh Izzuddin Yussof melalui satu hantaran di Facebook untuk perkongsian orang ramai.

Bagi mereka yang nak cuba buat business perternakan ayam, bolehlah baca perkongsian beliau ini dulu untuk menambah ilmu dan tahu cabaran sebenar industri ini di Malaysia.

Tangkap layar dari Facebook Izzuddin Yussof
– Tangkap layar dari Facebook Izzuddin Yussof

Ayam dan Industri Penternakan di Malaysia

Dulu aku pernah explore untuk buat business ternak ayam. Masa tu, mentor business aku pun masuk campur.

“Saya ada kawan seorang buat business ternak ayam ni. Daripada dulu pakai BMW, sekarang dia pakai Saga”.

Aik? Terbalik haha.

Cerita mudahnya, ianya industri yang mencabar.

BACA: Bermula Sekadar Gurauan, Penternak Tak Sangka ‘Zoom Meeting’ Kambing Mampu Jana Pendapatan

Restoran chain besar macam KFC ni, biasanya ada standard dia. Dia nak ayam yang berat sekian-sekian. Kadang-kadang dah timbang elok dah ayam tu dekat kandang, berat cukup. Hantar naik lori untuk pergi ke supplier. Sepanjang perjalanan tu kan stress, ayam boleh hilang berat dalam perjalanan.

Apa jadi dengan ayam yang kena reject masa sampai kat sana? Bawa balik untuk gemuk kan? Nope. Tak.

Bunuh je. Atau buanglah mana-mana.

Kos paling besar untuk business ternakan macam ni adalah makanan. Katakanlah dia orang ada threshold 2 bulan untuk bagi makanan dan gemukkan sampai cukup berat. Lebih je 2 bulan, ayam tu kalau jual pun dah akan rugi. Baik buang je.

(Bukan threshold sebenar. Tu contoh je.)

Bayangkan kalau kos makanan ayam naik harga. Macam harga dedak sekarang naik daripada RM80 kepada RM120. Naik 50%.

Maksudnya, daripada 2 bulan atau 60 hari tu, dia orang tinggal 40 hari je untuk gemukkan ayam.

Lepas tu, kerajaan buat harga siling baru yang lagi rendah.

Rasanya peniaga bodoh mana masih nak ternak ayam?

Yillek. Tak ada.

Ah ya, satu lagi kalau nak tau, kebanyakan makanan binatang di Malaysia ni semua import.

Kita ni, food security memang ‘ke laut’.

P/S: Ni kalau nak beli ayam online. Kot tak sempat nak pergi pasar.

https://shp.ee/w7wf9s5

BACA: Penternak Israel Rugi Jutaan Ringgit Susulan Serangan Puluhan Ribu Burung Undan Di Kolam Ikan

Sumber: Izzuddin Yussof