Pameran Firaun Tahun Melawat Malaysia

Dulu Doraemon, Kini Firaun Pula Dipilih Untuk Tahun Melawat Malaysia 2020?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Laporan terbaharu yang diumumkan Indeks Pasport Henley 2019 menunjukkan pasport Malaysia tidak lagi berada dalam senarai 10 yang paling berkuasa di dunia. Manakala beberapa negara Asia menguasai di tempat teratas dengan Jepun menduduki di tangga pertama.

pasport Malaysia turun kuasa

Ia menunjukkan warga Jepun mampu bergerak tanpa visa atau memperolehnya sebaik tiba di 190 negara. Ini disusuli Singapura dan Korea Selatan di tempat kedua dengan rakyat dua negara itu mampu memasuki 189 destinasi tanpa perlu memohon visa terlebih dahulu.

Menurut laporan Henley & Partners, dominasi berterusan di negara Asia dalam indeks pasport membayangkan kesan menakjubkan akibat mobiliti dan migrasi di rantau itu. Ini merupakan kali kedua berturut-turut negara Asia muncul pada kedudukan teratas dalam indeks yang disemak setiap suku tahun.

Tahun lalu, Indeks Henley meletakkan pasport Malaysia sebagai yang ke-10 paling berpengaruh namun tahun ini jatuh ke tangga ke-12 yang mana rakyat Malaysia mampu pergi ke 179 negara tanpa memerlukan visa.

Sementara itu, Indeks Pasport oleh Arton Capital meletakkan pasport Malaysia jatuh ke tangga kelapan yang mana awal tahun 2018 di tangga kelima paling berkuasa di dunia.

China pula dilihat melonjak hampir ke 20 anak tangga dalam masa dua tahun, daripada kedudukan yang ke-85 kini naik ke-69.

Manakala dua negara paling tidak berpengaruh pasportnya jatuh kepada negara Iraq dan Afghanistan yang cuma mempunyai akses bebas visa ke 30 negara. Secara keseluruhan, indeks itu merumuskan trend lebih positif terhadap keterbukaan visa dan perjanjian bersama antara negara sejak senarai berkenaan dimulakan 14 tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

 

Berminat ke bumi Andalusia di Cordoba, tonton

7 lokasi pelancongan menarik di Cordoba

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.