Merasa Beli Kancil Duit KWSP

’Dulu Berpanas Naik Motor’ – Wanita Bersyukur Dapat Merasa Beli Kancil Dengan Duit KWSP

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak awal permohonan pengeluaran khas RM10,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), banyak nasihat yang dikeluarkan oleh para pakar kewangan agar membelanjakan itu untuk ke arah yang lebih berfaedah.

Namun, semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing untuk menggunakannya sama ada sebagai modal perniagaan, membeli emas, membayar hutang dan sebagainya.

Tidak semua yang memohon pengeluaran khas KWSP sekadar suka-suka untuk menambah pelaburan atau membeli barangan mewah seperti yang dikhuatirkan oleh para ‘penasihat’ di media sosial.

Bagi sebuah keluarga ini, pengeluaran itu digunakan untuk membeli sebuah kereta bagi kemudahan mereka telah mengundang sebak orang ramai.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok, @hello_eyka menyatakan kegembiraan dapat membeli sebuah kereta Kancil berwarna merah dengan menggunakan wang KWSP yang diterima.

Dengan lulusnya pemberian wang itu, mereka sekeluarga dapat merasa memiliki kenderaan berbumbung untuk bergerak.

Merasa Beli Kancil Duit KWSP

“Anak dua baru merasa ada kereta”

Menurut Atikah, dia bersyukur kerana selama ini hanya bergantung dengan sebuah motosikal suaminya untuk kemana-mana sambil membawa dua orang anaknya.

“Rezeki anak-anak dapat duit KWSP terus beli kereta.

“Saya anak dua baru merasa ada kereta, sebelum ini pergi mana-mana naik motor dengan panas-panas, bila anak nak suus terpaksa duduk tepi jalan buat susu dulu,” katanya.

@atikah_la_la_la

rezeki anak2 dapat duit kwsp terus beli kereta😊

♬ Tetap Disini – Maulana Ardiansyah

Menerusi perkongsian lain, dapat dilihat anak sulungnya begitu teruja pertama kali menaiki kereta untuk ke sekolah.

“Hari ini bermula lah hantar anak ke sekolah naik kereta, tengok muka anak sulung itu seronok sahaja,” tulisnya.

@atikah_la_la_la

harini bermula lah hantar anak kesekolah naik kereta tgk muka anak sulung tu happy je.😊

♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu membaca kisahnya dan turut mengucapkan tahniah kepada keluarga wanita itu kerana akhirnya dengan usaha mampu memiliki kereta sendiri.

“Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengan kejayaan puan dan keluarga, rezeki dapat memiliki kereta, KWSP pun duit titik peluh kerja keras selama ini, jadi, manfaatkan seperti ini baru nampak hasil berpanjangan.”

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman pahit manis bersama kereta Kancil dalam menjalani kehidupan berkeluarga.