
Dua Pelajar Malaysia Bakal Ke Harvard Untuk Pengajian Sarjana
Umum sedia maklum, untuk melanjutkan pengajian di Universiti Harvard bukanlah sesuatu yang mudah. Pencapaian dua pelajar Malaysia yang terpilih untuk ke Harvard adalah satu yang membanggakan buat negara.
Mohamed Aqil bin Azmi dan Zad Chin Qi Qi, kedua-duanya yang berusia 20 tahun dijangkakan akan menjadi sebahagian daripada pelajar kelas sarjana di universiti terkemuka dunia itu bagi tahun 2024.
Sedang melanjutkan pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin, Selangor, kedua-duanya merupakan penerima Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Yayasan Khazanah.


Merupakan antara 1,980 pelajar yang terpilih daripada 40,248 permohonan untuk memasuki kelas pengajian Kolej Harvard bagi 2024, hanya 10.8% daripada adalah pelajar antarabangsa.
Aqil, anak kelahiran Shah Alam, Selangor yang merupakan pelajar aktif dalam debat dan sukan tenis ini bakal mengambil jurusan Matematik dan Falsafah, manakala Chin Qi Qi dari Ipoh, Perak bakal meneruskan pengajian dalam jurusan Sains Komputer dan Pengajian Sosial.
Take a sec to spotlight these 2 amazing young persons who beat the odds & got coveted spots in Harvard College Class of 2024! So, so proud of Aqil & Zad. Confirmation that our youth in Malaysia are our greatest treasure. Please share their story to inspire other young Msians! pic.twitter.com/MXx4jqfa74
— Nadiah Wan (@lapetitemaligne) May 20, 2020
Antara pelajar Malaysia yang pernah membanggakan negara adalah Nurul Ezzaty Hasbullah, 24 tahun yang terpilih sebagai penerima biasiswa paling berprestij di dunia iaitu Biasiswa Rhodes (Rhodes Scholarship).
Nurul Ezzary kini dalam semester akhir pengajiannya dan bakal bergraduasi pada Mei 2020 dalam bidang kesihatan dan masyarakat (major dalam bidang kesihatan global).
Pelajar seni bina, Siti Nurafaf Ismail dari Universiti Malaya telah membanggakan Malaysia apabila diumumkan sebagai pemenang RIBA Norman Travelling Scholarship.mKemenangan ini juga memberikan beliau gelaran Wanita Asia Pertama yang memegang gelaran itu sejak tajaan ini dimulakan pada tahun 2006.
Siti mengalahkan ribuan pelajar seni bina lain dengan kertas cadangan penyelidikannya ‘Architecture of Humility’ yang mana akan melihat kepada peranan arkitek dalam komuniti masyarakat di zon bencana.