Dua Kali Tunggu Di TBS, Gelandangan Tular Kecewa Keluarga Tidak Tunai Janji 2

Dua Kali Tunggu Di TBS, Gelandangan Tular Sebak Keluarga Tidak Tunai Janji

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang gelandangan yang menyandang gelaran Tok Penghulu kepada kumpulan gelandangan yang ‘diselamatkan’ DBKL sepanjang wabak COVID-19 melanda negara meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas keluarganya tidak menunaikan janji menjemputnya di Terminal Bas Bersepadu (TBS) sebanyak dua kali.

Beliau yang dikenali sebagai Amran Tamby semasa ditemu bual wartawan TV3 kelihatan tidak mampu menahan sebak menceritakan kisah dua kali menunggu keluarga yang tak kunjung tiba di TBS selepas ditanyakan mengenai perkara tersebut.

Tonton bermula dari minit ke 2:18

Sedih kerana hasrat untuk bertemu keluarga selepas terpisah selama 24 tahun tidak kesampaian, beliau yang juga merupakan seorang bekas anggota polis sempat memberikan kata terakhir menganggap sudah dibuang keluarga,

“anggap sahaja saya sudah mati.”

Kisah beliau menjadi tular apabila seorang pengguna Facebook meninggalkan komen bahawa beliau merupakan abang kepada seorang individu yang sudah lama dicari; hilang selepas merantau bekerja di Kuala Lumpur.

Ketika kisah tersebut menjadi tular (sekitar pertengahan April), Amran memberitahu ada merancang untuk pulang ke kampung di Johor Bahru untuk bertemu keluarganya selepas tamatnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA: Terpisah Sejak 1996, Liputan Gelandangan COVID-19 Bantu Satukan Kembali Keluarga Ini

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa memberitahu 800 gelandangan yang ditempatkan di rumah tumpangan Anjung Singgah tidak lagi akan dilepaskan untuk bergelandangan selepas tamatnya PKP.

Dua Kali Terpisah Sejak 1996, Liputan Kisah Gelandangan COVID-19 Bantu Satukan Kembali Keluarga Ini 3

Kumpulan ini akan disaring atau diberikan latihan serta kursus suai kenal pendek untuk diberikan pekerjaan secara bergaji dengan kerjasama dan persetujuan bersama beberapa buah syarikat dan penaklukan Jabatan Tenaga Kerja, gelandangan yang berada di empat dewan pusat transit di bawah kendalian Pusat Pengurusan Krisis (CMC), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kesihatan.

Tapisan akan dibuat dalam masa satu hingga dua minggu akan datang yang mana mereka diberi pilihan untuk bekerja di kilang pembuatan sebagai operator pengeluaran di kawasan Wilayah Persekutuan, Selangor dan Lembah Klang dengan gaji permulaan sebanyak RM1,400 serta elaun tertentu.

BACA: 800 Gelandangan Akan Diberikan Kerja Tetap Selepas Tempoh PKP Berakhir

Untuk pusingan pertama atau fasa awal, golongan gelandangan yang dijangka akan memulakan kerja pada 1 Mei ini (bergantung pada tempoh PKP) akan terus berada di asrama yang disediakan DBKL dan syarikat yang mengambil mereka bekerja.

Buat masa sekarang, kumpulan gelandangan yang diselamatkan dan ditempatkan di pusat sementara kini dilatih membina jati diri di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang sebelum dibebaskan untuk hidup berdikari.