
Dua Bulan Terputus Bekalan Air, Penduduk Sg Terah Terpaksa Redah Perjalanan 15KM Semata Untuk Mandi
Dua bulan terputus bekalan air menyebabkan kira-kira 300 orang penduduk Taman Tuan Guru, Sungai Terah terpaksa menempuh perjalanan kira-kira 15km semata-mata untuk menumpang mandi di masjid atau rumah saudara di Gua Musang.
BACA: Timbalan MB Mohon Rakyat Kelantan Belajar Makan Beras Tempatan
Masalah yang sudah bermula sejak lima hari sebelum bulan Ramadan tersebut berlangsung sehingga kini sudah mencecah tempoh dua bulan masih belum diselesaikan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Biarpun AKSB sudah berjanji akan menghantar air menggunakan lori tangki setiap hari, namun kata salah seorang penduduk, Mohd Shahidan Shafie, 21 tahun pernah air tidak dihantar selama empat hari menyebabkan penduduk terpaksa pergi ke bandar untuk menumpang mandi.
Salah seorang peniaga kedai makan, Zulkifli Ab Rahman, 51 tahun memberitahu beliau terpaksa menggunakan perkhidmatan kenderaan pacuan roda untuk memunggah air dari sungai bagi meneruskan perniagaan kedai makan supaya dapat menampung perbelanjaan harian keluarga selain daripada menggunakan air hujan yang ditadah dalam tangki besar yang mampu bertahan sehingga lima hari.

Menurut Ketua Jabatan Operasi AKSB Kelantan, Wan Khairuddin Wan Omar, masalah bekalan air yang dihadapi penduduk yang berpunca daripada paip pecah masih dalam proses baik pulih dan dijangka selesai menjelang Isnin (29 Jun).
Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Tun Ibrahim Tuan Man berkata, menjelang 2025, seramai 261,000 pemilik akaun air terawat di Kelantan akan menikmati air bersih susulan pelaksaan 33 projek bekalan air yang sedang dijalankan kini dengan dua fokus iaitu pembangunan dan menaik taraf loji rawatan air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.
Sumber: Berita Harian, Harian Metro