
DreamEDGE Dipilih Terajui Kereta Nasional Ketiga
Projek hasil cetusan idea Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai cadangan mewujudkan jenama baharu kereta nasional sudah mempunyai kata putus apabila bakal diterajui syarikat penyelidikan dan pembangunan tempatan yang berpangkalan di Cyberjaya, DreamEDGE Sdn Bhd.
DreamEDGE dipilih sebagai syarikat utama dalam projek ini dengan kos pelaburan 100 peratus daripada pembiayaan swasta dengan sokongan teknologi daripada syarikat Jepun, Daihatsu Motor Company.
Kereta nasional ketiga itu dijangka menggunakan model sedan segmen C dengan teknologi hibrid. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking, berkata model pertama kereta nasional baharu itu akan dilancarkan pada Mac 2021 manakala model prototaip sepenuhnya akan diumumkan pada Mac tahun depan.

Syarikat DreamEDGE dipilih berdasarkan kepakaran yang dimiliki dalam pembangunan teknologi baharu berkaitan automotif dan Daihatsu akan memberi sokongan teknologi dalam beberapa bidang berkaitan seperti penyediaan platform dan pembangunan enjin.
Setakat ini, jenama dan model kenderaan kereta nasional baharu masih dalam perbincangan dan akan diumumkan kelak.
Jun lepas Dr Mahathir dilaporkan bercadang mewujudkan jenama kereta nasional baharu bagi menggantikan Proton. Proton tidak dianggap sebagai jenama nasional selepas hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat asing, Geely.
Sumber: Berita Harian
Gaya hidup milenial ‘laju’.
ART OF SPEED MALAYSIA 2019 | MAEPS Serdang
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.