
Drama ‘Vicenzo’ Bakal Ada Adaptasi Indonesia, Salah Seorang Pelakonnya Dikhabarkan Ada Iras Park Seo-joon
Vicenzo versi Indonesia?
Biarpun sudah hampir dua bulan melabuhkan tirainya, drama lakonan hebat Song Jong-ki sebagai mafia masih lagi menjadi bualan peminat.
Melihatkan pada popularitinya, dengar khabarnya drama ini bakal diremake dalam versi Indonesia pula.
Dalam satu video TikTok yang tular, ada beberapa adegan beberapa drama Vicenzo dengan ‘pemain’ yang berbeza.
Pastinya ramai yang tertanya-tanya siapa yang akan membawa watak Vicenzo?
Menurut penjelasan akaun @vaniavalencia88, watak Vicenzo akan dibawa oleh Abibayu, seorang content creator yang juga dikenali sebagai Park Seo-joon Indonesia dan dibantu oleh beliau sendiri, Vania Valencia sebagai Hong Cha-young dan Geraldy Tan sebagai Nam Joo-sung.
@vaniavalencia88 VINCENZO – INDONESIA REMAKE?!!🔥🔥🤯🤯 || @abibayugk @geraldytann #vincenzo #vincenzocassano #vincenzokdrama #songjoongki
Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi sama ada ianya benar-benar berlaku atau pun hanya sekadar content untuk TikTok mereka.

Namun ada boleh lihat, dalam perkongsian video-video di TikTok Vania, penggambaran untuk mengadaptasi drama hit ini sedang berlangsung.
@vaniavalencia88 Sweety 😌❤️ – COMING SOON ✨✨ #vincenzo #koreandrama #kdrama #drakor #songjoongki
Harapan peminat Vicenzo, jika benar ia akan diadaptasi, semoga versi Vicenzo Indonesia ini tidaklah seperti sinetron.
Vicenzo merupakan sebuah drama dengan genre komedi gelap ini mengisahkan mengenai Park Joo-hyung (Song Jong-ki) yang berpindah ke Itali selepas diambil sebagai anak angkat oleh Don Fabio, ketua keluarga mafia Cassano.
Dinamakan semula sebagai Vincenzo Cassano, kerjayanya sebagai seorang peguam mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang ‘ahli Fabio’ terbaik.
Tapi selepas Fabio meninggal dunia, Joo-hyung berdepan ancaman bunuh daripada Paolo, anak kandung Fabio. Untuk menyelamatkan diri, beliau melarikan diri ke Seoul, Korea Selatan untuk mendapatkan emas yang disembunyikan.
Membawa watak lelaki Itali, pastinya banyak babak-babak yang memaparkan latar belakang tempat di Itali, bukan?
Akan tetapi tahukah anda, babak yang kononnya di Itali dalam filem Vicenzo tersebut sebenarnya bukanlah di Itali sebaliknya hanya menggunakan teknik CGI?
Baca lanjut di: Penonton Terpana Lihat Babak Dalam Drama ‘Vicenzo’ Sebenarnya Guna Teknik CGI