
Dr Noor Hisham: PKP Fasa Tiga Boleh Tamatkan Pandemik COVID-19 Di Malaysia
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, fasa ketiga PKP berkemungkinan besar boleh menamatkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Hari ini merupakan hari terakhir fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Bakal memasuki fasa ketiga bermula esok sehingga 28 April ini, ada berita baik buat semua rakyat Malaysia.
BACA: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Sertai Saintis Dunia Banteras Pandemik COVID-19
Keyakinan tersebut adalah berdasarkan daripada perkembangan statistik semasa yang menyaksikan kes berjaya dikurangkan menerusi fasa pertama dan kedua yang harus diteruskan kepada fasa ketiga.
Sebelum ini, JP Morgan pernah menjangkakan Malaysia secara mendadak akan mencatatkan 6,000 kes positif COVID-19 menjelang pertengahan April, namun setakat ini kumpulan kes masih terkawal dengan jumlah kes keseluruhan sebanyak 4,817 kes.

Menjangkakan pada kes tercatat pada 14 April masih berada di paras bawah 5,000, Dr Noor Hisham memberitahu angka berkenaan adalah hasil daripada keberkesanan pematuhan dan pelaksanaan dua fasa PKP sebelum ini.
BACA: Corak Kes COVID-19 Di Malaysia Dan Itali Adalah Sama – Kajian
Meminta kerjasama semua untuk terus memberikan sokongan dan kerjasama, beliau yakin graf kes COVID-19 di Malaysia bukan sahaja dapat dilengkungkan, tetapi mungkin menamatkan terus penularan wabak di pandemik ini di Malaysia.
BACA: 6,000 Kes Positif COVID-19 Dijangka Di Malaysia Pada Pertengahan April Ini – KKM
Terdahulu, Malaysia telah menjalani PKP fasa pertama bermula 18 Mac sehingga 31 Mac dan disambung ke fasa kedua bermula 1 April hingga 14 April ini. Bakal disambung lagi dua minggu, tindakan tegas telah dikuatkuasakan kepada mereka yang ingkar dengan perintah ini, iaitu kompaun sebanyak RM1,000.
Berkemungkinan besar akan diketatkan lagi, pakar menjangkakan PKP akan dilanjutkan sehingga dua bulan lagi apabila melihat masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mematuhi dan mengikuti etika penjagaan kebersihan diri.
Sumber: Berita Harian