
Dr. Mujahid Umum Hibah Tabung Haji Jatuh 5%
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengumukan kadar agihan hibah Tabung Haji bagi 2018 adalah 1.25%.
BACA: Baca Penjelasan Dr. Zaharuddin Tentang Fakta SPV, Bangsa Cina Dan Tabung Haji
Kadar agihan yang jatuh sehingga 5% berbanding tahun 2017 (6.25%) ini akan diagihkan kepada semua pendeposit Tabung Haji sebanyak RM913 juta.
Beliau memberitahu bayaran hibah sebanyak 1.25% ini akan memberi manfaat kepada 9.3 juta pendeposit semasa satu sidang media di Putrajaya.
Pada tahun 2017, Tabung Haji mengumukan hibah tahunan 4.5% dan tambahan sebanyak 1.75% kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017 dengan membabitkan pembayaran sebanyal RM2.7 bilion.
Apa kata anda tentang kadar agihan kali ini? Sudah semak, dah masuk ke belum hibahnya ke dalam akaun anda?
Sumber: Astro Awani