
Dr Dzulkefly Dilantik Sebagai Ketua Pasukan Khas Tangani CoVID-19 Di Selangor
Berikutan peningkatan mendadak kes positif koronavirus di Malaysia yang mana 60% daripada individu berjangkit adalah rakyat negeri Selangor, Majlis Tindakan Khas Covid-19 Negeri Selangor telah bersetuju melantik Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Ketua Pasukan Tindakan Khas Covid-19.
https://www.facebook.com/amirudinbinshari/posts/2781419538616634
Pasukan yang diketuai beliau yang juga mantan Menteri Kesihatan adalah bertujuan untuk memantau dan berkongsi maklumat dengan pihak berwajib tentang kes wabak di Selangor supaya langkah seterusnya dapat diambil.

Berita yang dikongsikan oleh Menteri Besar Selangor di laman Facebooknya itu diterima baik semua pihak memandangkan Dr Dzulkefly sebelum ini berjaya menangani kes penularan koronavirus di Malaysia dengan cepat dan efektif sehingga mendapat pujian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Akhir Januari lalu, WHO mengumumkan COVID-19 sebagai darurat kesihatan global dan berada di tahap pandemik awal Mac lalu berikutan daripada penyebarannya yang sudah merebak ke hampir semua negara yang ada.
BACA: Wabak Koronavirus Menghampiri Tahap Pandemik – WHO
Walaupun hampir menyerang ke seluruh dunia, menurut Pengarah WHO, iaya masih boleh dikawal namun akan menyebabkan kesan kepada penduduk dunia.
Dalam sejarah dunia, sebelum koronavirus sudah ada beberapa kes yang dikategorikan sebagai pandemik antaranya cacar, selesema babi dan tuberkulosis yang membunuh sebahagian besar penduduk dunia.
Dalam menangani penularannya di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan portal Khidmat Nasihat Virtual khusus untuk menangani kerisauan orang ramai mengenai wabak ini.
Orang awam juga boleh mendapatkan perkhidmatan pengambilan sampel ujian COVID-19 yang ditawarkan oleh beberapa hospital dengan caj antara RM600 hingga RM700 antaranya:
- Bookdoc,
- DoctorOnCall,
- Pantai Premier Pathology Sdn Bhd,
- Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ),
- Qualitas Medical Group Sdn Bhd,
- Gleneagles Kuala Lumpur,
- Twin Tower Medical Centre KLCC,
- Pantai Hospital Kuala Lumpur,
- Pantai Hospital Cheras,
- Pantai Hospital Klang, dan
- Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka.