
dōTERRA Malaysia Sumbang RM40 Ribu Kepada Komuniti Terjejas Akibat COVID-19
doTERRA Malaysia janji sumbang RM40,000 untuk menyediakan bantuan kepada komuniti terjejas akibat COVID-19.
Penularan COVID-19 memberikan kesan yang agak serius terhadap ekonomi Malaysia dan telah menyebabkan sebahagian golongan terjejas kerana kehilangan punca pendapatan.
Prihatin dengan situasi ini, syarikat kesihatan dan kesejahteraan bersepadu serta peneraju dunia dalam pasaran aromaterapi dan minyak esensial dunia, doTERRA telah berjanji akan menderma sebanyak RM40,000 sebagai sebahagian daripada sumbangan COVID-19 yang akan memberi manfaat kepada golongan tidak berkemampuan dan komuniti yang terjejas di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Berganding bahu bersama empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan iaitu Tenaganita, Refuge for the Refugees (RFTR), Dapur Jalanan KL dan Liga Rakyat Demokratik (LRD), doTERRA Malaysia akan melipat-gandakan usaha dalam membantu mereka yang sangat memerlukan terutamanya keluarga berpendapatan rendah daripada golongan B40, ibu tunggal, pekerja bergaji hari, warga asing dan pelarian.
Dalam menggalakkan jangkauan komuniti kolektif dalam tempoh yang tidak menentu ini, syarikat tersebut telah melancarkan Engage in Good, bermula daripada 21-30 April, untuk mempromosikan kepada komuniti doTERRA dalam menyokong misi utama dengan penjualan tiga produk iaitu Magnolia Touch, Amavi Touch dan Balance Touch.
Kesemua hasil jualan daripada kempen ini dan jumlah yang digenapkan oleh doTERRA Malaysia berdasarkan hasil jualan akan disalurkan terus kepada jangkauan komuniti COVID-19.
Inisiatif yang dilaksanakan bersempena dengan wabak COVID-19 di negara ini merupakan sebahagian daripada program doTERRA Malaysia, Healing Hands, yang mana syarikat akan bekerja secara berkala dengan NGO tempatan dan mengepalai kempen derma untuk membantu golongan yang memerlukan.
Pengurus Besar doTERRA Malaysia, Ethan Wang, mengatakan bahawa syarikat sentiasa yakin dan percaya dengan kehebatan untuk berbakti kembali masyarakat dan telah menjadikan impak sosial yang positif ini sebagai teras utama syarikat sejak penubuhannya pada tahun 2017.
“Sebagai pendokong kuat peningkatan taraf sosial, kami patuh akan Healing Hands Foundation doTERRA global yang memfokuskan pemberdayaan masyarakat dan menyokong organisasi-organisasi amal yang berkaitan dengan kemandirian, penjagaan kesihatan, pendidikan, sanitasi dan usaha membasmi gejala perdagangan manusia,” ujar Ethan Wang.
Ethan turut menegaskan bahawa doTERRA Malaysia akan terus memainkan peranan mereka dalam menyumbang secara positif apabila diminta dan memuji usaha berterusan negara dalam memerangi wabak COVID-19.