Tonton Trailer Ip Man 4

Donnie Yen Kembali, Tonton Trailer Ip Man 4: The Finale

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Salah sebuah filem yang dinanti-nantikan bagi peminat Donnie Yen dan seni mempertahankan diri, Ip Man 4 bakal beraksi di seluruh pawagam Malaysia pada 20 Disember ini.

Menerusi siri keempat ini, kali ini menumpukan kisah Ip Man, Mahaguru Wing Chun mengembara ke San Francisco yang mana pelajarnya telah membuka sekolah Wing Chun di sana. Setibanya di sana, Ip Man berkecil hati apabila dia menyaksikan berlakunya rasisme terhadap komuniti Cina. Lalu, Ip Man bangkit memperjuangkan hak sama rata membela nasib komunitinya.

Tonton Trailer Ip Man 4

Filem ini turut menampilkan Scott Adkins, Chris Collins, Vanness Wu dan Danny Chan sebagai anak murid Ip Man. Tonton trailernya dahulu sementara menantikan filem Ip Man 4 di pawagam tidak lama lagi.

BACA: Donnie Yen Bakal Tiba Di Malaysia Untuk Promosi Filem ‘IP Man 4: The Finale’