
Donnie Yen Dedah Pernah Takut Terbunuh Tanpa Sengaja Di Tangan Mike Tyson
Masih ingat babak pertarungan epik antara Donnie Yen dan Mike Tyson dalam Ip Man 3?
Biarpun siri Ip Man lakonan sudah tamat, namun sehingga ke hari ini masih ada peminat yang mengulang tayang filem lakonan hebat Donnie Yen sebagai Mahaguru Ip ini.
BACA: Donnie Yen Bakal Bergabung Dengan Keanu Reeves Dalam John Wick 4
Mengenang pembabitannya, Donnie Yen mendedahkan beliau masih mengingati bunyi yang dihasilkan daripada penumpuk bekas petinju profesional, Mike Tyson melepasi kepalanya dan mendarat di beg pasir.
Dalam Ip Man 3 (2015), Mike yang memegang watak antagonis sebagai Frank, seorang pemaju hartanah Amerika yang juga merupakan peninju dengan kaitan kepada kumpulan kongsi gelap tempatan.
Donnie yang peminat perlawanan tinju menjelaskan semasa menjalani penggambaran filem itu, beliau khuatir terbunuh tanpa sengaja di tangan Mike Tyson.
“Saya bimbang dia mungkin tidak dapat menahan menggunakan kekerasan (semasa berlakon) kerana beliau bukan pelakon.
Saya lihat babak ini sebagai perlawanan tinju antara hidup dan mati. Sedikit sahaja kecuaian, maut menanti.”
Sebaik sahaja Mike melepaskan tumbukannya, Donnie memberitahu perasaannya seperti trak besar yang meluru kepadanya. Bahaya yang diingatinya sehingga kini.

Tahukah anda, Mike secara tidak sengaja menjadikan dirinya sebagai meme yang sangat popular di China?
Dalam satu babak pertembungan dengan Donnie, Mike menuturkan satu frasa dalam Bahasa Kantonis ‘Wai Faai Bat Po’ yang membawa maksud kelajuan yang tidak dapat dipecahkan.

Namun, ketidakbiasaan menutur menyebabkan Mike tersilap menggunakan nada dan menjadikan ayatnya tertukar menjadi ‘WiFi Bat Po’ yang membawa maksud WiFi tidak boleh dipecahkan.
Terdahulu, berita antarabangsa ada melaporkan yang Donnie Yen bakal bergabung bersama Keanu Reeves dalam John Wick 4.