
Donnie Yen Dedah Pernah Ditawar Bawa Watak ‘Aquaman’
Terkenal dengan watak Mahaguru Ip, pelakon terkenal, Donnie Yen mendedahkan bahawa beliau pernah menerima tawaran memegang salah satu watak yang ada dalam filem Aquaman.
BACA: Ulasan Filem: ‘Ip Man 4: The Finale’
Pendedahan eksklusif yang dilakukan semasa promosi filem Mulan yang ditangguhkan akibat penularan wabak koronavirus, Donnie Yen memberitahu beliau berminat untuk menyertai filem adiwira namun semuanya bergantung kepada watak yang perlu beliau bawa.

Didekati Zack Snyder untuk membawa salah satu daripada watak yang ada dalam filem Aquaman, Donnie Yen memberitahu beliau terpaksa menolak kerana sudah terikat dengan filem lain.
Biarpun tidak mendedahkan apa watak yang beliau terima, desas desus mengatakan watak yang ditawarkan oleh Synder adalah Vulko yang pernah muncul dalam Justice League.
Other: Mulan and Rogue One star Donnie Yen reveals that he was almost in Aquaman after Zack Snyder reached out to him. from DC_Cinematic
Dibintangi pelakon hebat seperti Jason Momoa, Amber Heard, Willem Dafoe, Patrick Wilson dan ramai lagi, filem Aquaman berdepan kontroversi hebat apabila salah seorang daripada pelakonnya iaitu Amber Heard terpalit dengan isu keganasan domestik bersama bekas suaminya, Johnny Depp.
BACA: Hampir 160 Ribu Tandatangan Petisyen Desak Amber Heard Disingkir Dari ‘Aquaman 2’
Terdahulu, filem Aquaman berjaya mencatat rekod sebagai kutipan filem tertinggi DC Extended Universe (DCEU) selepas beberapa minggu ditayangkan.
Filem Aquaman berdasarkan kepada komik mengenai kisah separuh-manusia yang merupakan pewaris sah kepada kerajaan Atlantis di bawah air.
Plot cerita dimulakan dengan kisah pertemuan ibu, Atlanna dan bapa, Thomas Curry kepada watak utama, Arthur Curry yang mana Atlanna merupakan puteri dari sebuah kerajaan di dalam laut, Kerajaan Atlantis yang diburu untuk dibunuh oleh askar kerajaan Atlantis atas dakwaan penderhakaan.

Sejak dari kecil, Arthur mengenali Vulko yang banyak mengajar beliau mengenai sifat adiwira yang beliau miliki serta selok belok kehidupannya di dalam laut. 20 tahun kemudian, Arthur menjadi adiwira yang menyelamatkan masyarakat sama ada di dalam laut mahu pun di darat.
Pada ketika inilah konflik bermula apabila Arthur menjadi sasaran untuk dibunuh oleh seorang lanun, David Kane atas balas dendam kematian bapanya, Jesse Kane.
Dikatakan bakal menemui penonton pada 16 Disember 2022, plot filem sekuel ini dikatakan akan lebih memberi tumpuan kepada watak raja yang dipegang Momoa.
Sumber: Heroic Hollywood, Digital Spy