
Donnie Yen Bakal Tiba Di Malaysia Untuk Promosi Filem ‘IP Man 4: The Finale’
Pelakon yang juga artis seni bela diri, pengarah filem, penerbit, koreografer aksi dan stuntman dari Hong Kong, Donnie Yen yang merupakan watak utama dalam filem siri Ip Man dikatakan akan berkunjung ke Malaysia bagi mempromosikan siri akhir Ip Man 4: The Finale yang akan ditayangkan pada 20 Disember ini.
Kunjungan terakhir beliau ke Malaysia adalah pada empat tahun lalu bagi mempromosikan filem Ip Man 3 pada 2015 yang juga menjadi filem Cina yang paling cepat mengaut keuntungan iaitu dalam masa 10 hari sahaja sudah berjaya mencapai kutipan RM20 juta serta mencipta rekod sebagai filem Cina pertama di Malaysia yang mengaut keuntungan box office lebih daripada RM30 juta.
Donnie Yen yang membawakan watak master Wing Chun ke Malaysia dijangkakan akan tiba di Malaysia pada 11 dan 12 Disember bersama Raymond Wong selaku penerbit dan Edmond Wong, penulis skrip siri filem Ip Man sepanjang sedekad ini.
Merupakan filem yang menggabungkan pelakon-pelakon hebat seperti atlet sukan negara dan pelakon, Wu Yue, pelakon aksi Britain, Scott Adkins, bekas Kor Tentera Maritim Amerika Syarikat, Chris Collins, pelakon Taiwan, Vanness Wu, Vanda Margraf dan Danny Chan Kwok-kwan, pastinya siri akhir ini merupakan siri yang paling dinantikan oleh pengikutnya.
Untuk siri akhir, filem Ip Man 4: The Finale akan mengisahkan ketibaan Ip Man ke San Francisco, Amerika Syarikat bagi mengunjungi pelajarnya, Bruce Lee yang berhadapan dengan pandangan serong masyarakat tempatan gara-gara membuka sekolah Wing Chun iaitu sekolah yang mengajar seni bela pertahanan diri.
Tonton trailer rasmi pertama bagi filem Ip Man 4: The Finale pada pautan di bawah:
Sebaran oleh: Lotus Five Star
Rakan pemasaran: RAM Entertainment
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2VveBwFlX8/
Trending now



