Donald Trump Sah Positif COVID-19, Ini Jangkaan Yang Akan Berlaku Di Amerika Syarikat

Trump Salahkan China COVID-19

Dalam satu ciapan hari ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah sah kan beliau dan isterinya, Melania Trump positif wabak COVID-19.

Sebelum ini salah seorang kakitangan Trump, Hope Hicks dikesan positif dilapor telah mengembara dengan Trump beberapa kali minggu ini termasuk untuk kempen pemilihan presiden.

TERKINI:Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan isterinya Melania kini disahkan positif COVID-19, kini sedang…

Posted by ODISI on Thursday, October 1, 2020

Apa yang akan berlaku (jangkaan) selepas Trump sah positif COVID-19?

Situasi di mana seorang ketua negara disahkan positif COVID-19 sebenarnya bukanlah boleh menyebabkan sesebuah negara tersebut terpaksa mengisytiharkan darurat.

Impaknya mungkin akan menyebabkan urusan negara Amerika Syarikat sedikit terjejas dan akan memberikan cabaran kepada mereka yang berada dalam institusi pentadbiran.

BACA: Kes COVID-19 Makin Teruk Di Amerika Syarikat, Trump Tetap Salahkan China

Namun dengan kecanggihan teknologi sekarang, segala mesyuarat, taklimat dan perjumpaan boleh dilakukan secara maya sahaja.

Adalah penting untuk mereka yang berada dalam barisan penggantian dilindungi daripada melakukan sebarang kontak dengan Trump seperti Timbalan Presiden, Mike Pence dan anggota kabinet lain.

Donald Trump Sah Positif COVID-19, Ini Jangkaan Yang Akan Berlaku Di Amerika Syarikat
Sumber: Indian Express

Sekiranya Trump berada dalam keadaan kritikal, maka akan ada berlaku perpindahan kuasa buat sementara waktu mengikut Pindaan ke-25 Perlembagaan yang membolehkan Trump menyerahkan kawalan kepada Pence dan menuntutnya semula selepas mengumumkan dirinya sihat.

Situasi ini pernah berlaku dua kali semasa pemerintahan George W. Bush susulan daripada beliau menjalani prosedur perubatan dan sekali semasa pemerintahan Ronald Reagan yang menjalani pembedahan usus besar.

Yang paling buruk boleh berlaku, dalam Pindaan ini juga membolehkan Pence dan kabinet melaksanakan pertukaran kuasa presiden dan menurut Brian Kalt, seorang profesor undang-undnag keadaan ini dijangka boleh menjadi satu pertunjukan yang boleh menyebabkan kehancuran konstitusional skala penuh.

Tetapi Undang-Undang Pengganti Presiden 1947 yang baru sahaja diperbaharui meletakkan Ketua Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi sebagai calon presiden. Nancy boleh naik sebagai Presiden Amerika Syarikat baharu sekiranya Trump dan Pence keduanya tidak dapat melaksanakan tugas mereka.

Sebelum ini, meskipun berkali-kali dikecam dan dikritik orang ramai dan juga pakar perubatan, Trump tetap percaya dengan keputusannya bahawa penggunaan ubat jenis hydrochloroquin mampu merawat mereka yang dijangkiti COVID-19.