
Domino’s Pizza Minta Pelanggan Berhati-Hati Dengan Penyalahgunaan Baucar Oleh Pihak Ketiga
Kecoh minggu lalu apabila seorang pelanggan Domino’s Pizza mendedahkan di laman media sosial bahawa beliau terpaksa disoal siasat polis selama satu jam kerana disyaki menghack sistem pesanan semasa melakukan pembelian di Shopee.
BACA: Gara-Gara Pesan Domino’s Pizza Dengan Harga Murah Di Shopee, Lelaki Ini Disoal Siasat Polis, Netizen ‘Troll’ Domino’s Pizza Berikutan Isu Permohonan Maaf Tak Profesional Di Facebook
Terbaharu, Domino’s Pizza yang diwakili oleh Timbalan Presidennya, En Shamsul Amree telah melakukan video permohonan maaf secara terbuka mengenai kejadian tersebut yang tidak sepatutnya berlaku dan boleh diselesaikan secara damai.
https://www.facebook.com/DominosMY/videos/507652340060412/?__xts__[0]=68.ARDDnwrn-b2T_yHNrS486qloXYgsShVYZKibZZXlYr2LlRwPN7oD4cRRLYx_DCSSp37n9a3isW5y1B3GadVDlL_k-LU74-wnBez9kFLStGjtDgLnX5io_nGQ11thuD0DffOLlWmke3RwZ8X-C5IPw3-MzHNYpd61YxfeI9WHEIqPtN6e9cYC2U0_1nFL89GipjpE9xL5ARvs61PuOso_ufWI906P9I0TfMOhMzNIpSxT1po8DTMuWAYTRMzok-8q0Qsfdg7zTfv9iml6_aV8W6TJv9R1ZXE5_28H2WBMNZZJzlsqLj6pC8Z9IqbboTU86t8jy8L5K71dB6pc3aSIztXH27vcTuYtMF0bjw&__tn__=-R
Melalui kenyataan media, Domino’s Pizza memberitahu pihak mereka mengesan banyak penyelewengan yang berlaku dalam pesanan yang diterima; pesanan besar tapi bil yang perlu dibayar adalah kecil terutamanya melibatkan penggunaan kod baucar piza secara percuma yang diperoleh daripada sumber dalam talian yang tidak dibenarkan.
Perkara ini dapat mengesahkan kecurigaan Domino’s Pizza terhadap modus operandi haram ini apabila mereka menerima pesanan yang melibatkan kod baucar berkenaan dan sedang menjalankan siasatan lanjut.
Pihak Domino’s Pizza turut memaklumkan dan menasihati para pelanggan agar membeli baucar daripada pihak yang sah dalam menikmati tawaran serta promosi yang mereka jalankan sepanjang tahun.
Jika mereka dapati ada pihak yang menyalahgunakan baucar dan tawaran yang ditawarkan, pihak Domino’s Pizza tidak teragak-agak untuk bertindak bagi memulihkan dan mencegah kejadian tersebut.
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2S7H5InPqG/
Trending now



