
Dominasi Perniagaan Sayur Warga Asing Di Lembah Klang ‘Tekan’ Peniaga Dan Peruncit Tempatan
Awal Disember lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan beberapa lokasi hotspot di kota raya yang menjadi tumpuan warga asing untuk ‘bermastautin’.
BACA: Malaysia Ibarat Syurga Buat Pendatang Asing
Seakan syurga buat mereka, warga asing di Malaysia kini dilaporkan semakin mendominasi dalam bidang ekonomi antaranya dalam penjualan sayur–sayuran.
Tinjauan Berita Harian di Pasar Borong Kuala Lumpur mendapati rantaian jualan sayur kini banyak didominasi warga Myanmar dan Bangladesh sehingga menyebabkan tekanan pada pekebun serta peruncit tempatan.
Walaupun terpaksa membayar sewa yang mencecah ribuan ringgit (RM2,300 hingga RM3,000) setiap bulan kepada pemegang lesen tempatan demi mendapatkan tempat berniaga, mereka sanggup kerana mampu menjana semula pulangan bagi menampung kos operasi.
BACA: Salah Guna Visa, Lelaki Ini Kongsi Kisah Disebalik Lambakan Warga China Di Cyberjaya
Salah seorang pemborong warga asing, Ali Ghafar yang sudah 10 tahun berniaga memberitahu beliau terpaksa membayar deposit RM30,000 kepada pemilik tapak sebenar (warga tempatan) untuk menduduki lot mini yang merupakan salah satu pecahan kepada empat bahagian lot sebenar dengan syarat mendapatkan tanda tangan daripada tiga orang tempatan.

Mampu menjual antara 700 hingga 1,000 kilogram sayuran berdaun dalam masa sehari (tidak termasuk buahan), sewaan lot mini menyebabkkan pemegang lesen menjana keuntungan mudah tanpa perlu bekerja.
Pendominasian ini juga menyebabkan mereka sewenang-wenangnya meletakkan harga jualan sayuran berikutan turut mempunyai pembekal dalam kalangan pekebun sayur warga asing yang mengusahakan kebun di sekitar Lembah Klang sama ada secara sewaan atau pencerobohan tanah.
“Ada waktu kita jual murah dan mahal. Kalau sayur sampai pagi, saya jual RM3.50 hingga RM4.50 sekilogram sebab sayur baharu dan segar tetapi bila lewat petang, harga diturunkan kepada jual RM2 (sekilogram) atau lebih murah.”
Harga sayuran juga dijual lebih mahal pada hujung minggu jika dibandingkan dengan hari biasa.
Sumber: Berita Harian