
Doktor Sarankan Baca Label Sebelum Beli Buah, Elakkan Beli Dari Dua Negara Ini
Pelbagai buah dan sayur dalam pengambilan makanan harian dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh badan.
Di sini, kita mudah mencari buah-buahan segar di mana-mana sama ada di pasar raya, pasar tani ataupun di gerai buah-buahan.
Namum begitu, tidak semua buah-buahan yang berada di pasaran ini merupakan keluaran tempatan kerana negara kita juga ada mengimport buah-buahan tropika dari beberapa luar negara.
Hal ini sebenarnya kita perlu memainkan peranan penting dalam pemilihan buah-buahan kerana dikhuatiri dicemari dengan pelbagai bahan kimia.
Perkara ini dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan menerusi laman Facebook mengenai keperluan membaca label buah-buahan yang hendak dibeli. Mari kita baca perkongsian beliau.
Baca label buah-buahan dari negara mana
Nak beli buah pun ada label yang kita nak kena baca.
Walaupun tak ada bahan ramuan pada setiap jenis buah, tetap kena tengok buah tu datang dari negara mana.
Saya biasanya cuba elakkan ambil buah dari negara China dan USA (Amerika Syarikat).
Negara China, terkenal dengan pencemaran tanah yang paling tinggi di dunia. Kajian menyatakan 1/5 tanah di China tercemar dengan bahan buangan, racun serangga, logam berat dan sebagainya.
Negara USA pulak, terkenal dengan teknologi buah dan sayur GMO nya. Dua negara ni, saya cuba elakkan.
Saya suka sangat cari buah di Aeon. Sebab label dari negara mana terpampang jelas betul. Huruf paling besar, kedudukan paling teratas.
Bagus sangat macam ni kan. Buat lebih ramai akan cakna dengan buah dari negara mana yang kita nak bagi keluarga makan.
Sama-sama kita cuba okay, setiap hari tambah sedikit ilmu baru tentang tabiat pemakanan ke arah yang lebih sihat.

Kini sudah sampai masa untuk kita menjadi pengguna yang bijak dan berilmu. Caranya mudah, iaitu dengan membaca label pada bungkusan produk.
BACA: Pakar Nasihat Waspada Beli Baby Nanas, Bimbang Ada Pemanis Tiruan Bahaya
Sumber: Mazliana Mazlan
Trending now



