
Doktor Saran Elakkan Berus Gigi Selepas Sahur
Bersahur adalah sebahagian ibadah berpuasa untuk menambah tenaga ketika berpuasa pada keesokan harinya.
Tidak semua orang mampu bangun sahur, namun bersahur merupakan amalan yang sangat dituntut oleh Nabi Muhammad SAW meskipun tidak diwajibkan.
Bagi yang bersahur, pasti ramai akan memberus gigi sejurus selepas makan bukan? Ramai berfikir tidak boleh memberus gigi selepas waktu imsak. Maka waktu yang ada untuk melakukannya selepas waktu makan.
Tahukah anda, rutin tersebut boleh membahayakan kesihatan gigi anda? Menurut penjelasan daripada Dr Ibrahim Shah di laman Twitternya, larangan memberus gigi selepas makan adalah disebabkan pada ketika itu mulut berada dalam keadaan sedikit asidik. Hal ini menjadikan gigi lebih rapuh.
Sebaiknya, tunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan.
JANGAN GOSOK GIGI SELEPAS SAHUR.selepas makan,mulut berada dalam keadaan akan sedikit asidik. Gigi lebih rapuh. Jika digosok,ada risiko gigi terhakis.cukup sekadar berkumur membersihkan mulut. Tunggu sekurang-kurangnya 30min sebelum memberus#MedTweetMY
— Dr ib shah | ayiem (@ib_shah) May 5, 2019
Penjelasan ini disokong oleh Dr Mohd Khairul Izwan di laman Facebooknya. Beliau mengatakan bukan waktu sahur sahaja perlu dipraktikkan, tetapi setiap kali selepas makan.
Maka, dengan saranan doktor sebaiknya:
1. Elakkan diri anda daripada terus memberus gigi sejurus selepas bersahur/makan.
2. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda memberus gigi.
3. Memadai berkumur-kumur bagi membersihkan sisa makanan sejurus selepas makan.
4. Elakkan menggunakan berus gigi yang keras.
5. Gunakan berus gigi soft/extra soft.
Tapi, bukankah makruh memberus gigi ketika berpuasa?
Menurut penjelasan dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum memberus gigi ketika berpuasa, tidak makruh atau membatalkan puasa. Untuk penerangan lanjut, boleh ke pautan ini.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Justeru, walaupun berpuasa, kebersihan dan bau mulut perlu dijaga demi keselesaan orang sekeliling.
Seniman yang paling dirindui.
P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.