
Doktor Luah Simpati Ramai Pesakit Kena ‘Sidai’, Terpaksa Tunggu Giliran Terlalu Lama
Sejak sekian lama, mutu perkhidmatan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan sering menjadi bahan bualan dan dianggap sebagai kurang efisien serta lemah.
Amat menyedihkan kerana isu ini seolah-olah hanya dibiarkan sahaja tanpa diberikan sebarang perhatian seolah-olah tiada inisiatif langsung untuk mencari jalan penyelesaian.
Perkara ini turut diakui oleh petugas barisan hadapan termasuk jururawat dan doktor sendiri yang terpaksa bertugas menghadapi situasi ini hampir setiap hari.
Di Twitter, seorang doktor, @AinZainuddn telah membuat bebenang berikut bagi menzahirkan rasa kecewa dan simpatinya terhadap isu berkenaan yang masih lagi berlarutan sehingga ke hari ini.
Semoga isu pesakit kena ‘sidai’ ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya selepas ini.
Entahlah. So disappointed with our health care system. As a doctor korang ingat I tak sedih ke tengok patient tunggu lama. Ada yang tanya boleh baring tak kat lantai sebab tak tahan dah duduk kat kerusi lama sangat. And then parents with small kids kena berdiri sambil dukung anak sebab kerusi pun takde.
Patient I beratur sampai nak terkeluar yellow zone tu. Patient yang patut masuk resus pun kena down sebab resus penuh. Imagine pt resus pun duduk kat kerusi je. This is so unfair. Unfair to the people. Celakalah orang yang diberi tugas tapi aniaya duit rakyat.
Haih. Kesian sebab I tau dia orang tak mampu nak pergi private. Dah kalau patient 10, doktor 1. Nak tengok cepat camne lagi. I tak mintak thank you pun but at least janganlah datang kat kita orang marah-marah. You or your parents/kids are not the only sick one there.
Our healthcare needs a big reform. Dari primary care sampai ke tertiary. We have failed our people.
Sumber: @AinZainuddn