7 Tip Galakkan Anak Membaca Fasih Bahasa Inggeris

Doktor Kongsi 7 Tip Galakkan Anak Gemar Membaca Hingga Fasih Berbahasa Inggeris

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

7 Tip Galakkan Anak Gemar Membaca Hingga Fasih Berbahasa Inggeris

Tidak dinafikan, kanak-kanak sekarang lebih gemar memegang gajet dan bermain permainan berbanding membaca buku.

Perkembangan era teknologi ini dilihat segelintir ibu bapa hanya membiarkan anak-anak mereka untuk bermain dengan gajet sehingga apabila mereka makin membesar sudah tidak peduli dengan minat membaca.

Bukanlah tidak boleh langsung menggunakan gajet, tetapi ibu bapa perlu pantau anak-anak untuk mengalakkan mereka minat membaca dari semasa ke semasa.

BACA: Bahana Gajet, Kanak-Kanak 2 Tahun Ini Menderita ‘Power’ Mencecah 900

Seorang doktor berkongsi mengenai anak lelakinya berumur 9 tahun yang pada awalnya tidak minat membaca dan tidak fasih berbahasa Inggeris kini berubah menjadikan amalan membaca sebagai rutin hariannya.

7 Tip Galakkan Anak Membaca Fasih Bahasa Inggeris
Sumber: Twitter Syikin Yunus

Menurut Dr Syikin Yunus, anaknya seorang kanak-kanak hiperaktif dan membaca membuatkan dirinya tenang.

Melihat ramai kagum dengan perubahan dan pencapaian yang positif itu, Dr Syikin Yunus berkongsi tip untuk galakkan anak-anak membaca.

1. Ibu bapa harus membaca & pastikan anak nampak anda membaca

Anak nampak, anak akan ikut inshaAllah.

2. Jangan paksa

Minat membaca tidak boleh dipaksa. Jadikan membaca suatu aktiviti yang digemari.

“Saya jadikan waktu membaca sebagai satu waktu us-time/aktiviti bersama – anak menghargai bahawa membaca adalah suatu aktiviti kekeluargaan yang menggembirakan.”

3. Kenali minat membaca anak anda

Buku jenaka/ adventure/ klasik?

Ada kanak-kanak yang belum cenderung terhadap mana-mana topik atau genre buku – tidak mengapa.

Boleh dedahkan anak kepada pelbagai genre dan beberapa jenis buku. Layan minat mereka walaupun jenis buku itu mungkin bukanlah citarasa anda.

4. Didik anak: bawa buku ke mana sahaja

Pergi pusat membeli belah, rumah nenek, kedai makan hatta bercuti di pantai pun kami bawa buku bersama.

Sebab prinsip kami, boleh membaca di mana sahaja. Sambil tunggu makanan, sambil rehat 5 minit, sambil tunggu mak habis membeli-belah.

5. Bacakan buku kepada anak – bedtime story/ reading aloud

Ini aktiviti kegemaran kami sewaktu anak-anak saya masih kecil. Kini, walaupun mereka sudah besar – kadang kala saya masih membuat sesi bedtime storyreading atau mereka yang melayan saya dengan membacakan sebuah cerita buat saya.

6. Jangan katakan tidak kepada komik/ buku bergambar

Komik juga ialah bahan bacaan yang bagus sekiranya kandungan bersesuaian dengan umur.

Saya pun baca atau intai komik yang anak baca dan sering berbincang mengenai komik dengan mereka.

7. Hadkan gajet/waktu menonton TV

Kami hadkan waktu menonton hanya di hujung minggu dan memilih filem/siri/anime yang ditonton bersama.

Pilih kandungan yang sesuai dan menjadi parental guidance.

Kata Dr Syikin Yunus, tidak semestinya apa yang beliau lakukan berhasil untuk orang lain tetapi secara jujurnya berkongsi supaya lebih ramai anak kita gemar membaca.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter Syikin Yunus