
Doktor Kongsi 6 Jenis Makanan Yang Boleh Bantu Cairkan Kahak
Paling merisaukan ibu bapa ialah jika anak mereka jatuh sakit dan tidak henti-henti batuk walaupun dah cuba makan bermacam-macam jenis ubat kahak.
Sebenarnya, pemakanan adalah penting bagi membantu menyembuhkan batuk berkahak kanak-kanak walaupun mereka masih kurang berselera untuk makan.
Terdapat beberapa jenis makanan yang dapat mempercepatkan lagi proses mencairkan kahak seterusnya melegakan batuk kanak-kanak.
Dr Mazlina Mazlan telah membuat perkongsian berikut di Facebooknya setelah ramai yang bertanya mengenai makanan yang wajar diberi untuk mengurangkan kahak anak-anak mereka.
Ikuti perkongsiannya berikut. Insya-Allah, boleh kita sama-sama cuba.
Makanan boleh jadi ejen pencair kahak tau.
Ramai tanya, makanan apa yang baik untuk anak makan bila batuk berkahak.
Yang paling utama, makanan ultra proses penggalak kahak kita kena cuba elakkan sebaiknya.
Singgang ikan dan sup ayam, antara makanan yang wajib saya buat bila anak tak sihat. Banyak bahan ramuan pemusnah kahak kita boleh letak dalam makanan macam ni.
Saya kongsi 6 jenis makanan yang boleh kurangkan kahak dari anak-anak.
- Ikan
– Kandungan omega-3 bantu kurangkan radang dalam badan anak.
- Bebawang
– Allium dalam bebawang sebagai antiradang untuk kurangkan penghasilan kahak.
- Makanan tinggi fiber
– Buah dan sayur. Labu, sayur hijau, nenas, pear. Makanan tinggi fiber bantu cairkan kahak.
- Capsicum
– Dalam capsicum, ada capsaicin. Unsur kimia yang bantu kurangkan kahak.
- Air
– Wajib jadi kawan baik anak bila batuk. Air yang cukup, akan bantu pecah dan cairkan kahak anak. Air kelapa pun boleh.
- Sup
– Makanan bersup dengan bahan ramuan tinggi nutrisi dan bahan ramuan yang boleh kurangkan kahak. Makanan utama yang perlu kita bagi bila anak tak sihat.
Makanan, bukan ubat.
Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.
Kita cuba sama-sama ya. Banyakkan real food untuk anak, dan jauhkan sebaiknya makanan tinggi proses dari anak-anak.
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak okey.
BACA: Doktor Ajar Cara Nak Buat Ubat Batuk Sendiri Di Rumah, Hanya Pakai 2 Bahan Sahaja
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan