Doktor Klinik Swasta Lancar Mogok Mahu Kenaikan Yuran Konsultasi

yuran konsultasi klinik swasta
Sumber: Berita Harian

Pada Selasa lepas (11 Jun 2019), sekumpulan doktor daripada klinik swasta mengadakan perjumpaan bersama Menteri Kesihatan, Dzulkefli Ahmad di Putrajaya.

Mereka yang datang ke perjumpaan itu dalam masa yang telah melancarkan ‘mogok’ dengan menutup premis masing-masing tanpa mengupah doktor pengganti seperti lazimnya sebagai bantahan terhadap kerajaan yang tidak melayan permintaan mereka unutk menaikkan kadar yuran rawatan.

Menurut mereka, yuran konsultasi sebanyak RM10 diperkenalkan sejak 27 tahun lalu dan kali ini mereka meminta agar kerajaan meluluskan permintaan agar dinaikkan kepada kadar baharu, iaitu RM35.

yuran konsultasi klinik swasta
Sumber: KKM

Bantahan doktor klinik swasta berpaksi kepada keengganan Kabinet menaikkan yuran konsultasi daripada RM10 kepada RM35.

Kenaikan itu disifatkan amat kecil berbanding kadar RM35 sehingga RM125 yang dikenakan hospital swasta.

yuran konsultasi klinik swasta
Sumber: KKM

Hasil perjumpaan itu, Dr Dzulkefli Ahmad akan membentangkan sekali lagi kepada Jemaah Menteri hasrat pengamal perubatan am swasta (GPs) menaikkan yuran perundingan klinik swasta yang tertangguh.

Jika tuntutan ini diluluskan kabinet, maknanya yuran konsultasi perlu bayar lebih daripada sebelum ini setiap kali bertemu doktor.

Persoalannya, apakah nasib rakyat sama ada perlu membelanja lebih sedikit di klinik swasta atau ramai-ramai berkerumun di klinik dan hospital kerajaan?

Sumber: FMT, Berita Harian