Doktor Junior Yang Dipindahkan Ke Hospital Sg Buloh Dakwa Tidak Terima Gaji Dua Bulan

Doktor Pesara COVID-19
Sumber: The Star Online

Sekitar 30 pegawai perubatan kontrak yang terdiri daripada doktor junior dari UMMC, HUKM dan HUSM yang dipindahkan ke Hospital Sg Buloh mendakwa masih belum menerima gaji bagi bulan April dan Mei meskipun Hari Raya Aidilfitri kini sudah semakin mendekat.

Kesemua mereka merupakan kakitangan yang diletakkan di Hospital Sg Buloh yang dikhaskan sebagai pusat rawatan wabak pandemik COVID-19.

Isu Lambakan Graduan Perubatan Menganggur 10

Menurut laporan media CodeBlue, mereka dilaporkan akan menerima bayaran pada Jun namun tiada tarik spesifik mengenainya. Salah seorang doktor junior yang menerima gaji sekitar RM4,500 sebulan termasuk elaun memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai wang untuk menyambut Syawal yang akan tiba.

Seorang lagi yang menerima gaji sekitar RM5,000 termasuklah elaun memberitahu hanya bergantung kepada simpanan bagi meneruskan kehidupan dan membayar bil.

Enggan mendedahkan identiti diri kerana bimbang akan dikenakan tindakan susulan mendedahkan perkara berkenaan kepada media, mereka memberitahu semasa ditanyakan mengenai perkara tersebut kepada pihak berkenaan, jawapan yang diterima adalah disebabkan sistem pemindahan gaji yang berbeza.

Susulan penularan wabak COVID-19, Hospital Sg Buloh akan dijadikan sebagai hospital khusus dalam merawat penyakit berjangkit. Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital Sg Buloh, Dr Suresh Kumar Chidambaram berkata pihak mereka akan memastikan kemudahan dan persiapan yang diperlukan lengkap sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan.

BACA: 6,000 Graduan Perubatan Menganggur Setahun, Di Mana Silapnya Kita?

Terdahulu, Pengerusi Lembaga Amanah Antarabangsa Malaysian Medics International (MMI), sebuah kumpulan perubatan tidak berasaskan keuntungan memberitahu sebanyak 33 buah institusi perubatan telah menghasilkan 3,000 orang graduan perubatan setiap tahun dan 3,000 lagi kembali ke tanah air setiap tahun dari luar negara selepas menamatkan pengajian.

Sumber: CodeBlue