towfiqu-barbhuiya-HftV5Xp2lkI-unsplash

Doktor Ini Perjelas Perbezaan Mereka Yang Telah Dan Belum Divaksin Apabila Terkena COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Program Vaksinasi Kebangsaan sedang giat dijalankan di seluruh negara bagi mencapai sasaran 90% penduduk dewasa mengambil vaksin. Apabila sasaran ini dicapai, negara akan berada di bawah kategori imuniti kelompok di mana, masyarakat bersedia untuk hidup bersama dengan virus pandemik ini.

Namun, terdapat juga segolongan orang yang tidak mahu mengambil vaksin atas faktor-faktor tertentu dan kebanyakannya terpengaruh dengan dakyah yang tidak benar.

Dr Safiya Amaran melalui hantaran di Facebooknya telah membuat perbandingan antara mereka yang telah dan belum divaksinasi. Semoga penulisan beliau dapat membuka mata bagi sesetengah pihak.

Sample yang diambil dari orang yang dah vaksin ternyata lain.

Ada orang kata.

“Apa bezanya dah vaksin kalau boleh kena Covid-19?”

Jadi hasil kajian terbaru ni amat menarik bagi saya kerana ia menunjukkan perbezaan di antara orang dah vaksin yang kena Covid dan orang belum vaksin yang kena Covid.

Begini,

Kalau kita lihat pada PCR dan CT value sahaja kita mungkin tak nampak bezanya.

Sebab PCR ni mengesan bahagian bahagian virus dalam badan, dan tak boleh bezakan virus itu yang hidup atau mati (yang boleh membiak atau tidak).

Manakala CT value pula beri gambaran tahap virus yang ada dalam badan, tetapi masih bersandarkan kepada teknik PCR. Maknanya ia mungkin virus yang hidup atau mati.

Jadi macam mana sebenarnya nak bezakannya?

Ok dalam kajian ini, ia lihat dari sample yang diambil tu, virus mana yang boleh membiak, yang mana tak boleh.

Jadi cuba lihat graf di bawah.

vaksin

Yang lengkung atas ialah dari orang yang kena Covid-19 tetapi tidak ambil vaksin.

Manakala yang bawah ialah dari orang yang kena Covid-19 tetapi telah vaksin.

Ada beza tak?

Ada!

Sample yang diambil dari orang yang dah vaksin ternyata lain.

🔸Keupayaan virus tu untuk membiak adalah jauh lebih rendah.

Dalam ayat mudah boleh kata walaupun virus dapat masuk dalam badan mereka tetapi badan dapat lawan dengan cepat dan keupayaan virus untuk membiak laju dalam badan berkurangan.

Ini berbeza dengan orang yang belum vaksin.

🔸Virus masuk, membiak dalam badan lebih lama dan dalam kuantiti lebih banyak. Jadi risiko pada individu tu lebih tinggi untuk dapat jangkitan yang parah, dia boleh jangkiti lebih ramai orang dan jangkiti orang lain untuk jangkamasa lebih lama.

Berbeza kan?

Jadi,

Kenapa kajian ini dibuat?

Sebab ada yang kata golongan yang dah vaksin jadi penyebar utama virus ini kerana mereka juga dijangkiti Covid-19.

Ya, orang dah vaksin boleh kena Covid-19.

Ya, orang dah vaksin boleh jangkiti orang lain.

Sebab tu dah vaksin pun masih kena ikut SOP.

Tetapi ia jelas berbeza dengan orang yang tidak vaksin. Ancaman dari orang yang tidak atau belum vaksin adalah ketara lebih tinggi berganda-ganda.

Ini antara sebab syarat lengkap 2 dos ini sangat penting sebagai persediaan memasuki fasa endemik.

Walaupun kita tak mampu untuk halang Covid-19 dari terus ada tapi kita boleh usaha untuk kurangkan risiko ini.

Hakikatnya kita adalah hamba Allah yang kerdil yang mampu berusaha, dan mengharap pertolongan dari Allah. Jadi selagi boleh kita mesti usaha. Jangan nafikan usaha ini walaupun kesannya tidak seperti yang kita impikan.

Sekarang majority orang dewasa dah dapat vaksin. Ini masanya untuk beri dorongan dan sokongan untuk anak-anak kita pula dapat vaksin. Mereka rindu nak ke sekolah dan jumpa kawan-kawan.

Usah mudah percaya kepada isu viral yang tidak pasti kesahihannya. Sentiasalah cari info dari sumber yang sahih baru sebarkan.

Lastly, tahniah buat semua yang dah ambil vaksin dan sedang bawa anak anak ambil vaksin. Let us do this together sambil harap Allah bantu kita pulih dan keluar dengan baik dari pandemik ini.

Coretan pagi

Safiya AmaranUniSZA.

Sumber: https://youtu.be/pp-nPZETLTo

BACA: Menyesal Percaya Dakyah Anti-Vaksin, Lelaki Ini Tak Sabar Nak Ambil Vaksin Lepas Pulih