
Doktor Ini Kongsi Tip Elak Menunggu Lama Di Hospital Kerajaan
Isu menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk berjumpa doktor di hospital bukanlah sesuatu isu yang baharu. Jabatan Audit Negara mendedahkan sebanyak 41.3% pesakit menunggu 6 jam di bahagian kecemasan.
Di Jabatan Kecemasan terdapat satu sistem yang dipanggil sebagai Sistem Triage yang mana setiap pesakit yang datang akan dinilai oleh Pembantu Pegawai Perubatan.
Pesakit kemudiannya akan dikategorikan kepada tiga zon, iaitu zon merah, kuning dan hijau. rawatan akan diberikan mengikut kepentingan rawatan dan bukannya angka giliran.
Keterangannya ada dalam rajah di bawah:
Bagaimana mahu mengelakkan diri daripada menjadi mangsa menunggu lama di hospital? Ada dua tip yang diberikan oleh Dr. Ruhaizad Daud, salah seorang pengamal perubatan di Klinik Sabah, Kota Kinabalu.
1. Ketahui tahap sakit anda
*Sekiranya anda sekadar sakit biasa seperti demam, batuk, cirit-birit, sakit sendi dan sebagainya tak perlu ke wad kecemasan kerana ianya bukanlah kes kecemasan.
2. Pilih untuk berjumpa doktor di Jabatan Pesakit Luar/ Klinik Kesihatan/ klinik swasta
*Sekiranya anda masih boleh menahan sakit-sakit yang bukannya kes kecemasan, anda boleh membuat pilihan sama ada untuk berjumpa doktor di bahagian kecemasan klinik swasta, atau pun datang seawal jam 8 pagi ke klinik kesihatan dan Jabatan Pesakit Luar.
https://www.facebook.com/ruhaizad/videos/10157485044367138/
Marilah kita berusaha menjadi rakyat Malaysia yang lebih berhemah dan bertimbang rasa kepada orang lain. Jangan terburu-buru membuat keputusan
Sumber: Dr. Ruhaizad Daud
Hero Malaya.
Jordan Boy and Ev Ting: Malaysian Heroes in One Championship
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.