Doktor Kantoi Rakam Pembantu Klinik Dalam Tandas

Doktor Ditahan Kantoi Rakam Video Pembantu Klinik Dalam Tandas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang wanita menempuh detik mencemaskan apabila dirakam dalam tandas oleh majikannya sendiri yang merupakan seorang doktor dalam kejadian di sebuah klinik swasta di Petaling Jaya.

Memetik sumber Awani, mangsa yang bekerja sebagai pembantu di klinik tersebut ternampak sebuah telefon bimbit berada di kedudukan yang tinggi ketika berada dalam tandas pada jam 2.30 petang Rabu.

Menurut keterangan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Kosmioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, dalam aduannya mangsa mendakwa doktor lelaki itu telah merakam apa yang berlaku dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit miliknya.

“Mangsa terus mengambil telefon berkenaan dan mengecam telefon itu milik majikannya, mangsa yang terkejut dan malu dengan kejadian kemudian terus mencapai beg tangannya dan ingin keluar daripada klinik tersebut,” katanya.

Mangsa yang telah bekerja selama enam tahun di klinik berkenaan telah dihalang doktor terbabit, meminta untuk mengembalikan telefon bimbit tersebut kepadanya.

Doktor Kantoi Rakam Pembantu Klinik Dalam Tandas
Sumber: Google

“Suspek juga meminta mangsa memulangkan kembali telefon bimbit tersebut kepadanya dan berjanji akan menghapuskan rakaman tersebut di hadapan mangsa.”

Fakhrudin berkata, mangsa bersetuju menyerahkan telefon bimbit itu kembali kepada suspek sebelum doktor lelaki tersebut menunjukkan dia memadamkan rakaman di hadapan mangsa.

Tambah beliau, bagaimanapun mangsa tidak nampak kandungan rakaman yang dipadam suspek lalu membuat laporan polis pada hari tersebut.

Susulan laporan dibuat mangsa, suspek yang berusia 46 tahun ditahan di satu lokasi di sini kira-kira 7.30 malam tadi oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Jelasnya, polis telah memeriksa suspek dan merampas telefon bimbit miliknya untuk membantu siasatan.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 509 dan Seksyen 377 D Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

BACA juga: Pemuda 20 Tahun Mengaku Menyamar 32 Kali Sebagai Doktor Di PPV Sarawak

Sumber: Awani