Kod Bahasa Doktor

Doktor Dedah Maksud Sebenar ‘Kod Bahasa’ Yang Sering Mereka Gunakan Di Hospital

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selain dari mempunyai tulisan dengan ‘font’ tersendiri yang hanya boleh difahami oleh spesies-spesies tertentu, para doktor juga mempunyai ‘kod bahasa’ yang digunakan ketika mereka bertugas di hospital.

Nak tahu apa maksud TLC, NBM dan DNR? Mungkin selepas ini orang ramai juga boleh bersembang dengan doktor masing-masing menggunakan kod atau singkatan tersebut selepas mengetahui apakah maksudnya yang sebenar.

Ketahui maksud 10 kod bahasa yang sering digunakan oleh golongan doktor melalui perkongsian yang dibuat oleh Dr Yazeed Hair Johari di Facebooknya ini:

Kod Bahasa Doktor

KOD BAHASA ! yang selalu doktor guna kan bila bercakap atau menulis di hospital yang korang kena tahu !

1 – CA

CA bermaksud Cancer/kanser.

Yelah setiap kali kalau ward round tak nak lah sebut perkataan kanser tu berkali kali depan pesakit. Ditakuti dapat menjatuhkan moral dan semangat pesakit.

Contohnya – This patient known case of Lung CA .. Bla bla bla bila berborak depan pesakit.

2 – DIL

DIL bermaksud “Death In Line” Kalau tukar ke Bahasa Melayu.. “Hampir Maut/Mati”

DIL ni digunakan bila kesihatan pesakit dalam keadaan yang teruk (Terminally ill), tidak dapat diselamatkan lagi, ataupun harapan terlampau tipis.

Selalunya bila kita sebut DIL ni, sekali gus kita dah tau status pesakit tu..

3 – CPR

CPR ini adalah cardiopulmonary resuscitation.. Satu prosedur tekan dada yang dilakukan untuk selamatkan pesakit yang secara tiba-tiba hilang degupan jantung.

4 – DNR

DNR bermaksud “Do Not Resuscitate”

Iaitu keadaan di mana doktor menyarankan ahli keluarga supaya pihak kesihatan tidak perlu CPR jika pesakit tiba-tiba tidak sedar dan mengalami dengupan jantung yang terhenti.

Ini kerana keadaan pesakit yang terlalu teruk menyebabkan CPR itu tidak akan berjaya.

5 – BID

BID bermaksud “Brought in Dead”

Ini bermakna pesakit yang meninggal sebelum/ketika dalam perjalanan ke hospital.

So bila berborak dengan staff kesihatan, bila dorang sebut BID.. secara automatik kita semua tahu.. yang kita tak perlukan persiapan rapi untuk menyambut kedatangan pesakit kerana pesakit yang sedang dalam perjalanan telah pun meninggal sebelum sempat menjejak pintu kecemasan Zon Merah di Jabatan Kecemasan.

6 – TLC

TLC bermaksud “Tender Loving Care”

TLC ni adalah salah satu singkatan especially bila kita manage pesakit kanser yang tiada harapan, mahupun tiada lagi option bantuan dari segi perubatan medikal yang boleh diberikan di hospital.

Selalunya kita akan sebut kepada ahli keluarga..

“TLC”.. apa yang ahli keluarga boleh buat ialah bawa pulang pesakit ke rumah dan memberi sepenuhnya “Tender – Kelembutan, Loving – Kasih Sayang, Care – Penjagaan”

So bila dekat fail pesakit ada tulis TLC ni, kesemua petugas kesihatan tahu yang tiada lagi pengurusan rawatan yang aktif kepada pesakit.

7 – NBM

NBM – “Nil by mouth”

bermakna pesakit tidak boleh mengambil apa apa jenis makanan atau minuman melalui mulut.

NIL – Tu membawa maksud kosong “Nothing”

“Nothing by mouth”

Korang mesti selalu nampak signage NBM dekat katil pesakit kan?

8 – SP, SM

SP ni single parent, ATAU SM, Single mother.

Selalunya label ni ada dalam nota fail pesakit untuk menunjukkan status seorang ibu yang bakal melahirkan bayi dalam nikah/luar nikah tanpa suami yang sah/meninggal dunia/cerai.

Jadi dengan adanya label Single Mother ni jadi pegawai kesihatan dapat menguruskan ibu selepas lahir dari segi bantuan welfare kerana ditakuti banyak kes buang bayi memandangkan ibu tadi tidak mempunyai suami sama ada meninggal atau pun suami yang tidah sah dan tidak berdaftar.

9 – TCA

TCA – Bermaksud “To Come Again”

Maknanya tarikh follow up yang akan datang, yang selalu korang tengok dalam kad follow up tu..

10 – STI ..

STI boleh membawa kepada dua maksud

1 – Soft Tissue Injury

2 – Sexually Transmitted Infection

Tapi sekarang kita gunakan STD – Sexually Transmitted Disease untuk mengelakkan kekeliruan… pesakit yang dijangkiti oleh Syphilis, Ghonorrea/Chlamydia.

STD ini selalu dijumpai oleh group-group lelaki/para suami yang baru pulang dari Thailand setelah puas bermain ping pong di peringkat antarabangsa. 😂

Ada banyak lagi .. tapi .. nantilah kita sambung Part 2.

Inilah sedikit sebanyak singkatan yang sering digunakan di hospital. Harap Maklong.

BACA: ‘B***h’, ‘S**l’, ‘B**i*’ – Beginikah Cara Anak-Anak Muda Sekarang Bercakap?

Sumber: Yazeed Hair Johari