
Doktor Ajar Cara Nak Buat Ubat Batuk Sendiri Di Rumah, Hanya Pakai 2 Bahan Sahaja
Musim sekarang yang berubah-ubah dan sering bertukar dari panas ke hujan menyebabkan ada di antara kita sering rasa tak sedap badan.
Lebih-lebih lagi ketika ini kes COVID-19 masih tinggi, memang merisaukan kalau tiba-tiba rasa sakit tekak, batuk dan selesema, kan?
Dr Rizal Abu Bakar dari Neuroversiti.com telah membuat satu perkongsian yang sangat berguna untuk kita semua ketika ini iaitu cara-cara untuk membuat sendiri ubat batuk di rumah.
Ikuti perkongsian yang dibuat melalui laman Facebook beliau berikut:
Zaman sekarang, saya lihat ramai yang kerap sakit. Terutama selesema dengan batuk.
Mainan fikiran buatkan badan rasa lemah semacam. Betul tak?
Fikir pasal cik Vid. Asal demam je cik Vid. Asal batuk je cik Vid.
Bukan setakat cik Vid. Sekarang ni juga musim berubah-ubah. Kejap panas kejap hujan.
Saya dah pernah kongsi tentang remedy untuk selesema. Green flu shot dan minuman immune booster.
Kali ini saya nak share tentang cara rawat batuk.
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak?
Dulu masa saya kerja di Australia. Saya pernah lihat. Saya jadi takut lepas tengok.
Semenjak hari tu. Saya dah tak ambil dah ubat batuk.
Lagi-lagi nak bagi kat anak-anak. Jauhkan diri daripadanya.
Bila batuk menjelma. Saya guna alternatif lain. Cari yang kesannya tak macam ubat batuk. Kesan yang berbeza terus. Kesan yang tak jahanamkan otak.
Makan masa untuk saya cari. Saya review jurnal saintifik. Saya baca buku. Saya rujuk mereka yang pakar. Akhirnya, jumpa.
Sehingga kini, saya gunakan petua ni sekiranya batuk. Cara pun mudah.
Caranya ialah:
- Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
- Leraikan lapisan bawang tadi.
- Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
- Gaulkan biar rata.
- Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.
- Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
- Ambil satu sudu dan minum.
Rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak.
Orang putih panggil ‘cough syrup.’ Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. ‘Homemade remedy’ untuk batuk.
Boleh cuba di rumah.
Perkongsian beliau ini juga telah di’share’ sebanyak lebih 5 ribu kali di Facebook dalam masa sejam!
Ramai yang berterima kasih kepada Dr Rizal dan telah pun mencuba sendiri resipi ubat batuk ini.
Ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka sendiri menyediakan ubat batuk ini dan memberi maklum balas di ruangan komen.
“Terima kasih Dr.. Alhamdulilah.. Setakat ni anak saya dah umur 3 tahun.. Tak makan lagi ubat batuk.. Dengar je batuk ada kahak.. Terus bagi.. Alhamdulilah sembuh/hilang..” – Pak Uza
“Buat sekadarnya sahaja. Maksudnya cukup untuk 3x minum atau sehari. Esoknya jika masih belum sembuh, buat lain. Minum jus. Ia seperti ubat batuk.” – Fawwaz Dan Anaqi
“Perlu diingat juga…bawang jangan dibiarkan lama-lama atau tinggalkan lama-lama…tak habis guna buang….kerana bawang akan menjadi racun.” – Taufik Baharudin
Sumber & kredit foto: Facebook DrRizal Abu Bakar