Doa Senjata Tiada Jangkitan Koronavirus Di Indonesia – Menteri Kesihatan

Doa senjata tiada jangkitan koronavirus di Indonesia. Itu jawapan daripada salah seorang menteri di Indonesia.

Setakat hari ini, sudah 29 buah negara positif mempunyai jangkitan kes koronavirus termasuklah Malaysia yang kini sudah mencecah 22 kes (9 sembuh).

Menjadi persoalan dunia, Indonesia sehingga kini belum mencatatkan satu kes positif walaupun negara kejiranannya sudah mencatatkan kes jangkitan.

BACA: Ketiadaan Kes Jangkitan Koronavirus Di Indonesia Cetus Persoalan Dunia

Menurut kajian ahli akademik Universiti Harvard, Indonesia sepatutnya mencatatkan sekurangnya satu hingga 10 kes jika mengambil kira analisis bilangan penumpang yang mengambil penerbangan dari Wuhan ke destinasi di seluruh dunia.

BACA: Penularan Wabak Koronavirus Tak Jejas Jualan Daging Kelawar Di Indonesia

Merasa ‘terguris’ dengan kenyataan tersebut, Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto menyifatkan kajian tersebut sebagai satu penghinaan kepada Indonesia.

Kes Jangkitan Koronavirus Di Indonesia 3

Walaupun ada desas desus yang mengatakan Indonesia tidak mempunyai kelengkapan yang cukup dalam menangani wabak berkenaan, ianya dinafikan sekerasnya oleh Terawan.

BACA: Ahli Agama Indonesia Percaya Ruqyah Dapat Sembuhkan Wabak Koronavirus

Menurut Terawan, semua yang berlaku (tiada jangkitan) setakat ini adalah kerana doa senjata mereka.

“Secara medis, doa. Semua karena doa. Saya yakin doalah yang membuat kita begitu.”

Angka korban akibat koronavirus setakat hari ini telah mencecah 1,873 orang dengan jumlah kes sebanyak 73,335. Daripada jumlah berkenaan 12,783 sudah disahkan bebas, manakala daripada 58,679 kes yang positif 20% (11,795) berada dalam keadaan kritikal.

Sumber: Detik