Dividen KWSP 2019 Dijangka Lebih Rendah Berbanding Tahun Sebelumnya

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan bayangan bahawa pendapatan dividen tahun ini lebih rendah berbanding tahun 2017.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman menegaskan kemungkinan jangkaan pendapatan dividen berkenaan adalah bergantung kepada faktor pasaran dan sentimen tempatan.

Untuk tahun lalu, KWSP mengumumkan dividen 6.15% untuk portfolio konvensional dan 5.9% untuk simpanan Shariah, manakala pada tahun 2017 dengan nilai masing-masing 6.9% dan 6.4%.

Dividen KWSP 2019

Antara angka dividen yang dijangka tahun ini ialah antara sekitar 5.5% hingga 6.15%.

Rakuten Trade Sdn Bhd kadar dividen menjangkakan angka 5.5% hingga 5.9%, manakala Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula lebih optimistik dengan pencapaian ramalan tahun lalu.

Namun begitu, masih belum ada keputusan akhir dan pihak KWSP masih lagi sedang mengadakan perbincangan terperinci mengenai pembahagian dividen untuk tahun ini.

Trend penurunan dijangka akan berlaku dalam pengagihan dividen KWSP termasuklah hibah Tabung Haji susulan faktor pengaruh global dan sentimen tempatan.

Hari ini, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Azizi telah mengumumkan jumlah pengagihan dividen dan bonus…

Posted by ODISI on Wednesday, December 18, 2019

Malah perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China juga menjadikan pasaran ekuiti global dan tempatan dan tempatan merudum dan perubahan dasar ekonomi utama.

BACA: Perang Dagang Huawei, Kini Giliran Intel Dan Qualcomm ‘Lobi’ Kerajaan AS

Selain itu, penurunan harga minyak mentah juga dijangka menjadi sebab KWSP lebih berhati-hati untuk menyimpan tunai bagi pelaburan akan datang serta ketidakpastian politik dan sosioekonomi di Eropah (Brexit).

Manakala antara sentimen tempatan yang dijangka mempengaruhi jangkaan trend penurunan ialah usaha kerajaan yang masih mencari rentak pentadbiran optimum pada 2018, kelembapan sektor hartanah dan kelembapan ringgit.

Sumber: Harian Metro, The Malaysian Reserve