Penduduk Jakarta Serang Pusat Beli-Belah

Dituduh Penyebab Banjir, Penduduk Jakarta Serang Pusat Beli Belah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa kawasan di kota Jakarta dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak Isnin malam, hingga menjejaskan aktiviti harian warga kota yang berpenduduk lebih 10 juta orang.

Kawasan Istana Presiden Indonesia di Jakarta Pusat, turut digenangi air beberapa sentimeter namun dilaporkan telah surut.

Kejadian banjir itu telah mencetuskan kemarahan ratusan penduduk berikutan kawasan tempat tinggal mereka kerap digenangi air. Ekoran itu, mereka bertindak merusuh dan menterang sebuah pusat beli-belah terkemuka, AEON Mall berhampiran Jakarta Garden City (JGC) di Cakung, Jakarta.

Mereka menuduh bangunan pusat beli-belah itu sebagai penyebab berlakunya banjir di kawasan tersebut.

Semasa rusuhan, beberapa penduduk bertindak ganas dengan membaling batu sehingga menyebabkan dinding kaca di dua premis dalam pusat beli-belah itu pecah. Penduduk turut membawa batang buluh dan merosakkan pagar di kawasan parkir.

Menurut Ketua Polis Cakung, Pandji Santoso berkata, penduduk di situ mendakwa tanah dan sisa binaan tidak dibuang menyebabkan parit tersumbat sehingga berlakunya banjir. Namun, alasan ini kurang kukuh kerana banjir juga berlaku di kawasan lain.

Penduduk Jakarta Serang Pusat Beli-Belah

Ada juga yang mendakwa bahawap penduduk berang bukan kerana pembinaan pusat beli-belah itu tetapi saluran air dari Tasik JGC sengaja dibuka untuk mengelakkan perumahan di JGC banjir.

Dalam pada itu, Gabenor Jakarta, Anies Baswedan memaklumkan lebih 200 buah rumah penduduk ditenggelami air berpunca daripada taburan hujan yang tinggi.

Penduduk Jakarta Serang Pusat Beli-Belah

Jakarta menjadi bandar raya paling pantas tenggelam seperti yang pakar alam sekitar jangka yang mungkin tenggelam menjelang 2050 jika aktiviti pengambilan rizab air bawah tanah, peningkatan paras air laut dan corak cuaca luar biasa berterusan.

Sumber: Vice