Dituduh Menipu Untuk Publisiti, Veveonah Diminta Saman Timbalan Menteri KKMM

Dituduh menipu untuk publisiti, Veveonah diminta fail saman kepada Timbalan Menteri KKMM.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah mencetuskan kemarahan ramai apabila mengeluarkan kenyataan berunsur tuduhan terhadap pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang tular selepas videonya menjawab peperiksaan di atas pokok disebarkan secara meluas.

Zahidi dalam kenyataan di sidang perbahasan di Dewan Negara semala mendakwa beliau (Veveonah) sengaja menipu untuk publisiti bagi ‘melariskan’ saluran YouTubenya. Kata Zahidi, pihak beliau mendapat maklumat pada hari kejadian tiada peperiksaan yang berlangsung.

BACA: ‘Dah Semak, Tiada Peperiksaan Semasa Video Tular Veveonah Atas Pokok’ – Timbalan Menteri SKMM

Beberapa jam kemudian, Zahidi secara rasminya telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada Veveonah di atas tuduhannya di dalam Dewan Negara dan akan membuat pembetulan di Dewan negara pada Isnin nanti.

Merujuk kepada perbahasan di Dewan Negara hari ini, saya ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin…

Posted by Zahidi Zainul Abidin on Thursday, September 3, 2020

Meninjau laman Facebook beliau, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa marah dan terkilan kerana tuduhan Zahidi tidak berlandaskan kepada perkara yang benar; tidak selari dengan fokus Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang mahu menyampaikan fakta yang benar dan tepat kepada masyarakat.

BACA:ย Pelajar Sabah Ini Perlu Luangkan Masa 24 Jam Atas Pokok Demi Jawab Peperiksaan ‘Online’

Susulan itu juga, ruangan komen Facebook beliau dibanjiri dengan komen-komen yang menyuruh Zahidi meletakkan jawatannya kerana telah mencemarkan misi organisasi.

Tuduh Veveonah Menipu Untuk Publisiti, Zahidi Digesa Letak Jawatan 3
Sumber: PN BBC

Menjawab pertuduhan dan permohonan maaf tersebut, Veveonah menjelaskan jujurnya beliau agak sedih dan kecewa kerana kali ini beliau tular dalam impak yang tidak baik.

Mengakui komen negatif di media sosial memang menyakitkan, Veveonah memberitahu beliau memaafkan dan tidak menyimpan dendam kepada mereka yang memberi komen berbaur penghinaan kepadanya selama ini.

Honestly, I felt really sad and disappointed with this. I really work hard for my online examination for the last few…

Posted by Veveonah Mosibin on Thursday, September 3, 2020

Malah ramai rakan sekelas yang tampil menyokong Veveonah menyelar tindakan terburu-buru Zahidi dalam mengeluarkan tuduhan dengan memuat naik tangkap layar jadual peperiksaan.

Dituduh menipu, ramai juga yang menyuruh agar Veveonah menfailkan tindakan saman malu terhadap pihak yang terlibat kerana menyebarkan berita dengan maklumat tidak tepat dan mencemarkan nama baik beliau.

Harap Zahidi ambil ikhtibar atas apa yang berlaku.