
Ditonton Lebih 5.6 Juta Kali, Gelagat Lucu Tukang Gunting Rambut Ini Buat Netizen Terhibur
Ditonton lebih 5.6 juta kali, gelagat lucu tukang gunting rambut ini buat netizen terhibur.
Biar apa pun pekerjaan anda, jika anda melakukannya dengan penuh minat pasti ianya bakal membawa kebahagiaan bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga orang disekeliling anda.
Seperti seorang tukang rambut ini, gelagatnya semasa menawarkan perkhidmatan kepada pelanggannya telah mencuri perhatian orang ramai.
Ini kerana dalam menyampaikan perkhidmatannya, beliau turut menghiburkan pelanggan dengan aksi-aksi komedinya yang bersahaja namun jelas dilakukan demi pelanggan tersayang.
https://twitter.com/rahm3sh/status/1301178440033460225?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1301178440033460225%7Ctwgr%5Eshare_3&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2020%2F09%2F03%2Fgelagat-tukang-gunting-rambut-jadi-perhatian-raih-2-juta-tontonan%2F
Sudah ditonton lebih 5.6 juta kali, video gelagat lucu tukang rambut ini telah dikongsi secara meluas di laman media sosial memaparkan gelagat beliau yang ingin memastikan gaya potongannya sempurna dengan melihat dari pelbagai sudut termasuklah di luar kedai dan di belakang pokok yang mana jaraknya secara jelas tidak memungkinnya beliau melihat rambut pelanggan yang berada di dalam kedai.
Dengan gelagat lucunya, pasti ada pelanggan yang sengaja datang ke sana semata-mata untuk melihat telatah lucunya dan bukannya mahu mendapatkan khidmat menggunting rambut beliau.
Tahukah anda di Perlis ada seorang nenek yang menawarkan khidmat gunting rambut gaya klasik dengan harga semurah RM2.50?
BACA: 50 Tahun Tak Pernah Naik Harga, Nenek Ini Tawar Khidmat Gunting Rambut RM2.50 Gaya Klasik
Pada tahun 1962, beliau yang mesra dipanggil Toknya hanya meletakkan harga upah sebanyakk 25 sen sahaja untuk satu kepala.
Menjalankan operasi bermula 11 pagi hingga 7 malam Toknya memberitahu beliau menggunting rambut bukanlah kerana mahu mendapatkan duit, tetapi sekadar untuk mencari kepuasan diri sendiri.
Trending now



