Gajah Pigmi Mati Ditembak

Ditembak 70 Kali Hingga Tembus Tengkorak, Pembunuh Gajah Kerdil Kini Diburu Polis

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kematian gajah pigmi di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan, Tawau Khamis lalu mengejutkan ramai pihak kerana dibunuh dengan kejam dengan penemuan 70 butir peluru dalam badan haiwan tersebut selepas laporan hasil bedah siasat diumumkan.

Menurut Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, dengan penemuan tersebut ianya sudah memberi bayangan bagaimana gajah berbaka kerdil (pigmi) tersebut melawan kesakitan tembakan dari senjata api pembunuh yang dikesan di bahagian pipi, kepala, badan dan punggung selain daripada yang sudah melepasi tenggoraknya sebelum menemui ajal.

Gajah pigmi merupakan spesis haiwan yang dilindungi di bawah Jadual 1 Spesis Dilindungi Sepenuhnya Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

Gajah Pigmi Mati Ditembak 1

Gajah malang yang dianggarkan berusia antara 11 hingga 12 tahun dengan ketinggian 1.8 meter itu ditemui dalam keadaan terduduk dan gading dipotong dipercayai sudah mati antara tiga ke empat hari sebelum dijumpai oleh sekumpulan pemancing.

Berikutan dengan kejadian tersebut, polis telah melancarkan Operasi Khazanah berserta penawaran ganjaran wang ringgit oleh beberapa pihak kepada pihak yang memberi maklumat kepada pihak berkuasa sehingga dapat mengesan pembunuhnya.

Pada awalnya, Jabatan Hidupan Liar dan sebuah badan sukarela masing-masing telah menawarkan RM10,000. Kemudiannya yang terbaharu sebuah pertubuhan NGO antarabangsa yang berpangkalan di United Kingdom iaitu Orangutan Appeal United Kingdon menambah ganjaran sebanyak RM10,000 menjadikan jumlah tawaran ganjaran terkini sebanyak RM30,000.

Sumber: Berita Harian

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2WJ9y4FHd6/