Tonton Bila Samurai Disumpah Dengan Kehidupan Kekal Dalam ‘Blade of Immortal’ 2

Disumpah Dengan Kehidupan Abadi, Banyak Babak Pertarungan Samurai Dalam ‘Blade of Immortal’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika anda melanggan platform penstriman dalam talian, Netflix pastinya anda perasan dengan kehadiran filem dan drama yang semakin bervariasi dan menarik. Jika anda peminat genre samurai, ada satu filem Jepun yang menarik untuk ditonton iaitu Blade of Immortal (2017).

BACA: ‘A Family’ : Misi Mencari Diri Seorang Yakuza

Dibintangi Takuya Kimura dan Hana Sugisaki, Blade of Immortal mengisahkan mengenai Manji di masa silam yang telah membunuh seseorang atas arahan orang atasan.

Namun disebabkan itu, adik mangsa yang dibunuhnya, Machi menjadi gila. Serba salah dengan tindakannya, Manji mengambil tanggungjawab menjaga Machi.

Tonton Bila Samurai Disumpah Dengan Kehidupan Kekal Dalam ‘Blade of Immortal’ 2

Nasib tidak baik apabila Manji dan Machi terlibat dalam pertarungan yang membunuh Machi dan hampir meragut nyawa Manji tetapi Manji diselamatkan oleh seorang wanita tua misteri yang ‘menyumpahnya’ dengan memberikan kehidupan abadi.

50 tahun kemudian, Rin, seorang gadis yang menjadi yatim piatu selepas ibu dan bapanya dibunuh anggota samurai Itto-ryu bertemu Manji dan mahukan beliau menjadi pengawal peribadinya untuk membantunya membalas dendam.

Diadaptasi daripada siri manga oleh Hiroaki Samura, filem ini diarahkan oleh Takashi Miike yang mana di dalamnya penonton diperkenalkan dengan pelbagai tema – pembalasan dendam dengan cara yang berbeza dan lebih kompleks antaranya Manji diangkat sebagai dark hero.

Tonton Bila Samurai Disumpah Dengan Kehidupan Kekal Dalam ‘Blade of Immortal’ 1

Biarpun berjaya mengutip lebih USD8.4 juta dan menerima respon positif, filem ini bagaimanapun tidak berjaya mencapai kejayaan yang diharapkan.

Akan tetapi, dalam tempoh tayangan hampir dua jam, penonton pastinya berpuas hati apabila disajikan dengan deretan babak pertarungan yang hebat.